31 Januari 2009

Bahan Tungsten ditambah di dalam fosfurus putih oleh Israel


Terkini
Khamis, 29/01/2009 - Dr Essam Hijjawi, Ahli Lembaga Jawatankuasa Kesihatan Tebing Barat, telah membongkar fosforus putih yang digunakan Israel telah disatukan dengan Tungsten, iaitu satu unsur kimia atom bernombor 74, kepada orang awam di Semenanjung Gaza.
Dr Hijjawi menambah senjata kimia berjenis tersebut lebih berbahaya daripada yang digunakan oleh tentera Amerika di Iraq, kerana Israel telah menambah bahan bernama Tungsten, kerana jika disedut, ia akan melarut dalam darah dan merosakkan arteri di dalam badan.
Mengenai situasi kesihatan di Gaza, beliau menyatakan hospital-hospital di Gaza teramat uzur dari segi teknikal dan memerlukan sokongan yang serius seluruh dunia.


Read more...

21 Januari 2009



DARI BAITUL MAQDIS SINGGAH KE KUALA LUMPUR


Belum reda lagi suasana boikot dan demonstrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Gaza, rakyat Malaysia ‘dihidangkan’ dengan kehadiran artis Amerika yang dijangka pada 13 Februari depan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Konsert Xpax ignites Rihanna LIVE in Kuala Lumpur yang akan dianjurkan oleh Syarikat Celcom (M) Berhad itu telah mula membuat promosi menerusi SMS, kaca TV dan surat khabar menunjukkan kesungguhan pihak syarikat berkenaan dalam menjayakan konsert tersebut. Kempen memboikot barangan Amerika dan Yahudi perlu diteruskan lagi dengan memboikot artis mereka serta semua pemikiran dan budaya mereka yang negatif dan bertentangan dengan agama Islam.


Robyn Rihanna Fenty atau lebih dikenali Rihanna merupakan artis kelahiran Kepulauan Barbados yang menempah nama di Amerika Syarikat. Beliau yang terkenal dengan lagunya Umbrella dan Bad Girl dijangka membuat persembahan pada lewat pukul 8.30 malam nanti di Stadium Bukit Jalil. Beliau yang berkecimpung dalam genre R&B, Pop,Pop-Rock, dance dan reggae sering membawakan aksi yang menghairahkan dalam penyampaian lagu-lagunya disamping mengenakan pakaian ketat dan seksi.


Ternyata imej seksi yang ditampilkan oleh Rihanna selama ini bertentangan dengan citarasa budaya masyarakat tempatan sekaligus membuatkan muda-mudi kita mudah terpengaruh dengan budaya Barat yang ternyata berbeza dengan budaya masyarakat Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam. Secara tidak langsung, artis Amerika ini juga merupakan penyumbang kepada kekuatan dana Israel menerusi Amerika yang membelanjakan sebahagian besar sumber kewangannya kepada negara haram itu. Tindakan syarikat telekomunikasi tempatan itu jelas merendahkan artis-artis tempatan yang lebih baik imej dan akhlak mereka serta boleh memartabatkan industri muzik tanah air. Namun begitu, fokus kita ialah kepada kesensitifan masyarakat terhadap penganjuran konsert ini yang tidak lain hanyalah untuk mengaut keuntungan semata-mata.


Ketika pihak kerajaan serta NGO sedang mengumpul dana bantuan untuk disumbangkan kepada Palestin, pengaliran wang ke Amerika melalui pembelian tiket konsert tersebut yang berharga RM100-200 keatas ini menunjukkan suatu pembaziran dan menjadi ‘peluru’ kepada saudara kita di Palestin. Sepertimana diketahui ramai, pihak Amerika memyumbangkan dananya yang banyak untuk membantu Israel menewaskan pergerakan HAMAS yang telah diisytiharkan menang dua hari lalu setelah Israel mengumumkan genjatan senjata. “Sama ada Rihanna sedar atau tidak kita sememangnya tahu bahawa duit cukai yang dibayar beliau turut menyumbang kepada peperangan di Gaza”, kata Kamaruzaman Mohamad, Ketua Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan dalam kenyataan media.


Ibnu Hasni al-Jihady

0014

22/1/09


Read more...

07 Januari 2009

Rabu ,07/01/2009 - Akhbar Times dari Britain berkata pihak Zionis Israel menghujani seluruh Gaza dengan fosforus putih yang diharamkan penggunaannya seluruh dunia kerana akan menyebabkan kebakaran dahsyat kepada orang awam.Dalam cetakan isunya pada hari Isnin, Times menyatakan bahawa tentera Amerika dan British di Iraq turut menggunakan senjata tersebut menentang orang awam, tetapi ia berhujah bukan haram sekiranya digunakan sebagai satu “penutup asap”.
Akhbar menambah bahawa penggunaan bagi senjata tersebut di Gaza , satu penempatan terpadat di dunia mungkin akan menyebabkan kebakaran yang dahsyat, di mana setakat ini lebih daripada 550 Rakyat Palestin telah terbunuh 2,300 orang lain tercedera.

Read more...

Pemangkin Hizibku

  © Green islamic Template by islamic313.blogspot.com 2008