11 Februari 2009

BAHAYA ISLAM LIBERAL DI MALAYSIA

PUMPP selar penganjuran MUSAWAH membawa agenda Islam Liberal ke Malaysia dan mempertikaikan prinsip-prinsip asas Islam
Persatuan Ulama’ Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) dengan ini menyelar sekeras-kerasnya program ‘Musawah’ iaitu Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family anjuran pendukung kuat fahaman sesat Islam Liberal di Malaysia iaitu Sisters in Islam (SIS). Pertemuan Musawah dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai pelbagai prinsip-prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulama’ muktabar.
Perjumpaan ini bakal dihadiri oleh pelbagai tokoh Liberal Muslim yang dipertikaikan oleh ulama’ Islam muktabar. Mereka yang hadir termasuklah Muhammad Khalid Masud iaitu pengerusi Majlis Ideologi Islamik dari Pakistan, Farida Bennani dari Morocco, Sana Benachour (Tunisia), Hussein Muhammad (Indonesia), Ziba Mir-Hosseini (Britain), Zainah Anwar (Malaysia), Siti Musdah Mulia (Indonesia) dan Nur Rofia (Indonesia) dan aktivis bukan Islam seperti Cassandra Balchin (UK) dan lain-lain.
200 Liberalis Muslim telah dijemput dari 40 buah negara dan berkumpul di hotel mewah (bertaraf lebih lima bintang) The Prince Hotel, Kuala Lumpur pada 13 Februari 2009 bagi menghadiri mesyuarat 5 hari tersebut. Perjumpaan tertutup ini juga tidak membenarkan penyertaan dari pihak luar selain dari jemputan tertutup mereka. PUMPP melihat perjumpaan dengan dana besar ini berkemungkinan disokong oleh kepentingan barat dengan tujuan meliberalkan Islam dan mengharapkan pihak penguatkuasa dapat menyiasat punca sumber-sumber dana membiayai program terbabit.
Perjumpaan ini juga akan akan memberi persepsi dan negatif kepada Malaysia yang bakal digambarkan sebagai negara yang mengamalkan undang-undang Syariah yang mendiskriminasi wanita terutama apabila perjumpaan ini bakal dibawa perhatian kepada wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan kehadiran Professor Yakin Erturk (The United Nations Special Rapporteur on Violence Against Women) yang akan merasmikan perjumpaan tersebut.
PUMPP juga menyelar kehadiran pimpinan negara bagi merasmikan program tersebut seolah-oleh tidak merujuk terlebih dahulu kepada pihak autoriti agama dalam negara seperti JAKIM dan Majlis Mufti.
Kertas kerja dan bengkel-bengkel yang bakal dibentangkan semasa perjumpaan dilihat berhajat untuk menginterpretasikan semula al-Qur’ān dan al-Hadīth dari sudut pandang wanita yang selama ini dikatakan bias pada lelaki. Musawah juga bakal mengenengahkan isu hak samarata antara lelaki dan perempuan dalam kekeluargaan Islam melalui hukum-hakam seperti poligami, faraid, ketaatan isteri, izin keluar rumah, aurat wanita, dan sebagainya. Hukum-hakam ini bakal dipertikaikan dengan melanggar segala syari‘at yang dibawa oleh al-Qur’ān dan al-Sunnah.
PUMPP juga mengharapkan kumpulan-kumpulan dan masyarakat bukan Islam tidak terpengaruh dengan propaganda kumpulan Liberal Islam ini dan tidak campurtangan dalam urusan aqidah dan prinsip-prinsip ajaran Islam sepertimana Islam mengajar penganutnya untuk tidak campurtangan dan menghormati dalam ajaran agama-agama lain sepertimana penegasan al-Qur’ān:
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (109:6)
109:6 Unto you, your religous law, and unto me, mine!
Sehubungan dengan itu, PUMPP menyelar pelaksanaan program ini dan dilihat bakal merosakkan lagi aqidah umat Islam di Malaysia seterusnya membawa perpecahan kepada umat Islam dan member persepsi yang salah kepada Islam kepada semua pihak termasuk masyarakat dunia yang hadir dan melihat perkembangan di Malaysia.
Dr Wan Salim Wan Mohd Nor,
Yang di Pertua,
Persatuan Ulama’ Malaysia
cawangan Pulau Pinang (PUMPP).

Read more...

09 Februari 2009

Belum Konsert, Rihanna Sudah Di Pukul Oleh Teman Lelakinya
Dikirim pada Februari 10, 2009 oleh HermanSamsudeen
Terkejut juga bila dapat maklumat tentang Rihanna yang dipukul oleh teman lelakinya Chris Brown. Dilaporkan juga bahawa beliau mengalami kecederaan dalam kejadian itu. Pemudawilayah sedang membuat bantahan berhubung Konsertnya yang dijangka berlangsung pada Jumaat ini di Stadium Bukit Jalil.
Beberapa pihak yang menghubungi pemudawilayah bertanya tentang tindakan kami berhubung konsert ini. Kami jelas menolaknya dan melakukan Solat Hajat dan juga bantahan. InsyaAllah doa kami didengar Allah, harap konsert ini dibatalkan dan apa yang berlaku pada Rihanna sekarang merupakan satu petanda dari Allah. Jangan datang ke Malaysia, batalkan konsert Jumaat ini.

Read more...

02 Februari 2009

Demonstrasi membantah konsert Rihanna


Dipetik dari dppwp.wordpress.com
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (pemudawilayah) akan mengadakan satu demontrasi aman dihadapan Bangunan Celcom di Jalan Raja Muda Abd Aziz pada 6 Februari 2009 selepas solat Jumaat bagi membantah konsert Rihanna berikutan serangan terbaru Israel di Gaza.
Pemudawilayah sebelum ini telah menghantar satu memorandum bantahan, walaubagaimana pun pihak Celcom yang menjadi penaja dan penganjur bersama enggan membatalkan konsert ini.
Serangan terbaru Israel di Gaza yang disokong oleh Amerika seharusnya mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia dan usaha memboikot produk Amerika termasuklah artis mereka seperti Rihanna perlulah diadakan secara serius.
Oleh itu pemudawilayah mengajak NGOs seperti JIM, ABIM, Hizbu Tahrir, GPMS, Aman Palestine, Dewan Pemuda Masjid, PPIM, Pewaris, Gamis, SMM, GMI, Jerit, Food Not Boms dan sebagainya termasuk pemimpin parti-parti politik untuk turun bersama bagi mendesak pihak Celcom membatalkan konsert Rihanna.
Seandainya konsert Rihanna berjaya dibatalkan, dijangkakan ianya akan memberikan satu liputan meluas diseluruh dunia bagi mengambarkan seriusnya Umat Islam memboikot produk dari Amerika.
Oleh itu kesatuan NGO dan pemimpin politik amatlah dialu-alukan bagi memberikan tekanan kepada Amerika untuk menyekat serangan tentera Israel di Gaza yang sekarang ini telah mencabuli penjanjian gencatan senjata yang di umumkan bulan lepas.
Tindakkan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang baru-baru ini memalukan Presiden Israel, Simon Peres di Davos seharusnya disambung dengan usaha memboikot segala usaha yang ada kaitan dengan Israel termasuklah konsert Rihanna ini.
Sekian. Terima kasih.
Kamaruzaman MohamadKetuaDewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan

Read more...

Pemangkin Hizibku

  © Green islamic Template by islamic313.blogspot.com 2008