24 Mac 2009

Hina Nabi Boleh, hina umno jangan

Shah Alam 25 Mac 10.28pm | Jurucakap PERMASIS Wan Afifi Wan Zainuddin mempersoal kejujuran Perdana Menteri Malaysia menyokong tindakan gantung permit penerbitan harakah dan Suara Keadilan dalam ucapan Abdullah di Pemilihan Agong UMNO (PAU) semalam.

Afifi“Waktu Abdullah jadi Menteri Dalam Negeri dulu, beliau sanggup tidak gantung terus permit NST walaupun sah Ketua Pengarah Brendan Pareira menyiarkan karikator hina nabi. Tapi, harakah SK, mungkin bimbang UMNO dihina dalam PAU kali ini, beliau bertindak sebaliknya. Sebab itu saya persoal kejujurannya tidak kira atas wazan agama, mahupun atas ‘keadilan media’ untuk kedua-dua akhbar oposisi tersebut,” jelas Afifi.

Katanya, Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi disaran mengenal pasti unsur-unsur fitnah dalam kedua-dua akhbar tersebut seterusnya meminta pihak berwajib menyerahkan ’surat tunjuk sebab’ atau saman mereka di mahkamah; sekiranya beliau benar-benar jujur.

Beliau yang juga Pengarah Penyelidikan dan Kajian Strategik NGO Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMASIS) menyifatkan Abdullah meninggalkan legasi buruk dan tidak bermaruah kepada penggantinya disebabkan tindakan tidak demokratik tersebut.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa konspirasi tersebut ada kaitannya dengan perlantikan Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO yang baru dan beberapa pilihanraya kecil pada awal April depan.

Tambahnya lagi, dijangkakan Abdullah dan UMNO bakal terus dimusuhi rakyat dan media alternatif disebabkan sokongannya ke atas Dato Seri Syed Hamid Albar.

Malah, era kepemimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak juga diramalkan jauh lebih mencengkam berbanding era Abdullah dan Perdana Menteri sebelumnya Tun Dr. Mahathir Mohammad kelak.

Semalam, Abdullah menyokong tindakan calon Naib Presiden UMNO Hamid Albar menggantung permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan serta-merta selama tiga bulan.

Kenyataan ini dibuat selepas beliau mempengerusikan mesyuarat tertutup NGO tersebut di sini kelmarin. -mahasiswakini

Read more...

Pemangkin Hizibku

  © Green islamic Template by islamic313.blogspot.com 2008