Aku ber'demonstrasi' melaui pena...
نحن انصر الله
"Kami penolong agama Allah"...ungkapan yang selalu melekat dibibir pemuda-pemuda Islam yang sepatutnya dihayati dengan mendalam bukan sahaja dengan lafaz dari lidah. Belakangan ini, banyak masalah timbul yang melibatkan isu-isu sensitif ataupun isu-isu yang melibatkan umat Islam di Malaysia. Di mana katanya penolong-penolong agama Allah ini? Isu-isu umat Islam yang timbul sama ada di peringkat antarabangsa seperti ketegangan masyarakat Islam Uighur dengan puak Han di China, isu Selatan Thai (nak buat kt mpi tp asyik clash ngan pgrm maktb) dan di Malaysia sendiri antaranya isu pengharaman arak di Selangor, kes ahli Parlimen Jelutong (Jeff Ooi) di Pulau Pinang dan lain-lain lagi tidak diambil peduli oleh kebanyakkan remaja pada hari ini. Tidakkah kita mengetahui bahawa remaja-remaja di zaman RasuluLlah sanggup menyusup masuk ke dalam angkatan perang walaupun belum cukup umur mereka...Agak kesal saya melihat pemuda-pemudi hari ini leka dengan hiburan yang melalaikan seperti One Piece, Akademi Fantasia dan sebagainya. Saya sudah lama ingin menyeru sahabat sahabiah sekalian agar segala pengetahuan yang diperoleh di'transform'kan ke arah peng'Islamisasi'an ilmu. Assignment yang kita lakukan bukan hanya untuk mendapat markah untuk KKP@KKBI tetapi agar assignmnet tersebut dapat menjadikan kita seorang yang sentiasa berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah contohnya dalam isu keruntuhan akhlak remaja hari ini. Sungguh saya berasa kagum dengan sahabat-sahabat yang mampu menterjemahkan animasi Naruto, Kung Fu Panda, strategi bola sepak dan sebagainya ke arah peng'Islamisasi'an ilmu yang mampu membuat kita sentiasa berfikir dengan lebih matang. Pernah di dalam blog rausyanfikir.com, penulis blog tersebut men'terjemah'kan strategi perlawanan bola sepak EPL kepada strategi dakwah Islam. Sungguh molek jika saya sendiri serta sahabat-sahabat sekalian sekali-sekala melihat sesuatu itu dengan pemikiran Islam itu sendiri contohnya perkaitan cerita Naruto dengan institusi usrah yang pernah disampaikan oleh seorang penceramah ketika Liqa' Nuqaba' yang lalu. Tidak kira filem Hindustan ka, Korea ka, kita perlu berusaha men'terjemah'kan iktibar/pemerhatian dalam cerita tersebut kepada pemikiran yang lebih matang seperti orang-orang yang saya sebutkan di atas. Bukanlah saya hendak mengkritik sahabat-sahabat yang suka tengok cerita-cerita Hindustan, Korea dan sebagainya...tetapi saya berasa sungguh beruntung jika kita memikirkan perkaitan sedikit sebanyak iktibar/pemerhatian dlm cerita tersebut kepada pemikiran yang lebih Islamik.
Kadang-kadang jari pandai menulis, mulut pandai berbicara tapi diri tak kemana-mana. Sekadar berkongsi pendapat dari seorang 'budak' yang mahukan perubahan dlm diri dan org lain. Read more...