23 Oktober 2013

DARI SENPAI UNTUK KOHAI


            Islam merupakan ad-deen (الدين) yang menyanjung tinggi martabat keinsanan dalam diri manusia. Islam mengiktiraf peranan aqal yang dipandu oleh wahyu Allah s.w.t dalam menjamin keselamatan dunia dan akhirat. Kemampuan aqal yang terbatas merupakan antara asbab untuk orang beriman meyakini dan melaksanakan peraturan dan perundangan yang telah ditetapkan oleh Khaliq kepada makhluq-Nya. Orang yang beriman sentiasa berusaha untuk melaksanakan ajaran Islam secara kulli (كل) dalam seluruh aspek kehidupan. Firman Allah s.w.t :

Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.

            Pensyariatan batas-batas agama seperti aurat kepada lelaki dan wanita merupakan salah satu manifestasi yang membuktikan bahawa Islam amat memelihara maruah dan martabat keinsanan. Secara analoginya, sesuatu hadiah yang berharga sudah pastinya akan dijaga dengan rapi, dihiaskan dengan perhiasan yang indah, dibalut dengan pembalut yang cantik dan ceria supaya penerimanya berasa gembira. Dalam memelihara maruah manusia, Islam menetapkan had-had aurat yang wajib ditutup sama ada lelaki dan perempuan supaya lebih dikenali dan tidak mudah diganggu. Firman Allah s.w.t :

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”                                                                                   
       (Al Ahzab:59)                                                                                                                                     
   
            Kefahaman setiap individu Muslim tentang kewajipan memelihara batas-batas agama ini  akan melahirkan suasana masyarakat yang solehah. Islam memberi satu perhitungan yang penting kepada suasana atau bi’ah yang solehah dan meletakkannya sebagai salah satu faktor penting dalam mendorong kepada kebaikan dan kejahatan. Allah s.w.t memperingatkan orang Islam supaya besama-sama orang yang menyeru kepada-Nya pada waktu siang dan malam. Firman-Nya :

Maksudnya : Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyembah Tuhannya di waktu pagi dan senja yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.                                                                                                                                                                           (al-Kahfi:28)

            Rasulullah s.a.w menceritakan berkenaan seorang manusia dari umat terdahulu yang bercita-cita hendak bertaubat dari dosa-dosa jenayah yang telah dilakukan dalam hidupnya. Lalu ia bertanya kepada seorang ‘alim pada zaman itu tentang hajatnya dan bertanya, “Adakah jalan untuk saya bertaubat sedangkan saya telah membunuh 100 orang?.” Jawab orang ‘alim itu, ‘Ya, siapakah yang boleh menyekat seseorang itu daripada bertaubat? Pergilah engkau ke suatu daerah dan engkau akan menjumpai ramai orang yang beribadah kepada Allah s.w.t. Tinggallah engkau di situ beribadah bersama-sama mereka dan janganlah engkau kembali ke tempat asal kerana ia adalah tempat yang jahat”.    

            Dengan wujudnya biah solehah, ianya dapat memudahkan seluruh penghuni seseuatu tempat untuk melaksanakan amalan-amalan yang dapat mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. Keadaan inilah yang akan mendorong manusia untuk melaksanakan Islam dalam seluruh aspek kehidupan manusia. Penerapan nilai-nilai Islam dalam masyarakat Muslim akan menonjolkan qudwah hasanah kepada masyarakat non-Muslim untuk mereka mendekati Islam dengan lebih dekat dan menjadi rahmat kepada seluruh alam.



                        Sekalung tahniah diberikan kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2013/2014 dan Biro Dakwah, Kerohanian dan Keselamatan atas inisiatif melancarkan Kod Etika Pemakaian Pelajar di IPG Kampus Pendidikan Islam baru-baru ini. Kerjasama pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan seluruh warga kampus dalam merecanakan kod etika ini menunjukkan keprihatinan warga kampus untuk mematuhi syariat Allah s.w.t di samping menjadi role-model kepada kampus-kampus dan institusi-institusi yang lain. 

            Kod etika yang dilancarkan ini merupakan salah satu alternatif untuk memastikan bi’ah islamiah (biah solehah) di kampus ini sentiasa dipelihara dan menjadi keizzahan warganya. Pendidikan mengenai batas-batas aurat dan hikmahnya juga perlu diperluaskan dari semasa ke semasa memandangkan wujudnya kepelbagaian latar belakang dan kehidupan sosial mahasiswa pendidik sebelum masuk ke alam kampus. Pengisian, penerangan, penyebaran risalah dan sebagainya merupakan antara medium dakwah yang boleh digunakan supaya mahasiswa pendidik khususnya dan warga kampus amnya sentiasa dalam keredhaan Allah s.w.t.


Read more...

20 Oktober 2013

NIK MOHD MOHYIDDEEN: TOKOH REJUVINASI PENDIDIKAN ISLAM MODEN (Bhg. 2)

       Lumrahnya, kecemerlangan yang dicapai hari ini bukanlah dihampar dengan permaidani merah. Beliau melalui pelbagai mehnah dan tribulasi untuk melaksanakan misi tersebut di saat kekurangan tenaga penggerak dan kakitangan dalam bahagian beliau. Beliau bukan sahaja berusaha mendapatkan khidmat daripada pegawai-pegawai di bahagiannya malah melibatkan juga bekas-bekas pelajar beliau sendiri. Beliau menyedari bahawa pentadbiran sekolah-sekolah agama tersebut adalah dibawah hak kerajaan negeri dan bukanlah suatu yang mudah untuk diambilalih oleh KPM.  

           Beliau bersungguh-sungguh menjelaskan bahawa usaha pihak kementerian bukan bermaksud hendak menandingi kerajaan negeri tetapi menekankan kepada pihak sekolah mengenai bantuan kewangan. Penjelasan juga diberikan kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri-negeri tertentu mengenai perkara ini. Pendekatannya secara berhikmah dan memujuk ini banyak membantu menjayakan langkah pengambilalihan sekolah agama rakyat.

           Hasrat kementerian untuk mengambilalih Sekolah Menengah Agama Rakyat bermula sejak tahun 1973 lagi, namun tertangguh disebabkan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan. Menjelang 1 Januari 1977, sebelas buah sekolah Menengah Agama Rakyat yang diambilalih dan terdapat 57 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di seluruh negara yang telah ditubuhkan hari ini.

            Cetusan idea pengambilalihan sekolah-sekolah agama oleh Nik Mohd Mohyiddeen merupakan satu sudut pandangan jauh yang telah berjaya melakar kejayaan yang besar kepada dunia pendidikan Islam di negara ini. Langkah ini sangat menguntungkan pelajar-pelajar Islam terutamanya yang menitikberatkan kejayaan di dunia dan di akhirat. Natijahnya, sehingga hari ini SMKA menjadi tumpuan dan cita-cita ibubapa dan para pelajar di seluruh negara.

          Beliau juga adalah pioneer kepada idea penubuhan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI). Lembaga ini berfungsi untuk memantau pentadbiran dan kurikulum Sekolah Menengah Agama. Beliau telah mencadangkan wujudnya jawatan pegawai dakwah di Jabatan Pelajaran Negeri yang janggal pada masa itu. Cadangan tersebut telah menatijahkan beberapa persatuan dakwah di peringkat negeri antaranya Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia (PEKDIS) di setiap negeri.

         Beliau juga merupakan tokoh pembaharuan yang telah mencetuskan sesuatu idea pendidikan Islam ke dalam arus pendidikan perdana yang sangat janggal pada masa itu. Konflik sekularisme dalam pendidikan yang berpanjangan pada ketika itu telah menatijahkan kesan yang mendalam dalam diri beliau. Dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab, beliau memberikan komitmen yang tinggi supaya generasi selepas beliau dapat menikmati sistem pendidikan Islam yang lebih baik dan berkemampuan melahirkan individu Muslim yang seimbang dunia dan akhirat.

        Beliau adalah seorang pembaharu pendidikan yang berwawasan, berperancangan dan berpandangan jauh. Bagi memenuhi keperluan kepada pemodenan sistem pendidikan agama ini, beliau membuat perubahan yang agak agresif dari segi kurikulum dan sukatan pelajaran, kemampuan guru dan pedagogi. Beliau amat prihatin dengan stigma masyarakat yang menganggap pengajaran agama Islam ketika itu kurang berkesan dalam melahirkan pelajar-pelajar Islam berkualiti.

       Masalah ini bukan sahaja berpunca daripada sukatan pelajaran semata-mata malah turut dipengaruhi oleh faktor sikap pelajar terhadap mata pelajaran agama sendiri, kaedah pengajaran guru dan pendekatan pihak sekolah. Kurikulum yang seragam dapat meningkatkan mutu pengajian Islam di sekolah-sekolah agama. Pengiktirafan berupa sijil-sijil yang dikeluarkan bagi membolehkan pelajar sekolah agama melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara.

       Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) merupakan cetusan idea dari Nik Mohd Mohyiddeen dan Dr. Abdul Hamid bin Hj. Othman bertujuan memantau pentadbiran sekolah menengah agama supaya selari dengan pentadbiran sekolah kebangsaan (Jubli Perak SMKA Tahun 2002).

     Nik Mohd Mohyiddeen telah mencadangkan supaya diwujudkan juga jawatan Pegawai Dakwah di Jabatan Pelajaran Negeri. Hasil daripada cadangan tersebut pada tahun 1979 jawatan pegawai dakwah mula diwujudkan di Jabatan Pelajaran Negeri. Dengan pertambahan jawatan tersebut, Unit Agama di Jabatan Pelajaran Negeri mempunyai empat orang pegawai iaitu Ketua Penolong Pengarah, Pegawai Dakwah, Penyelia Agama (Menengah) dan Penyelia Agama (Rendah).

      Tugas utama Pegawai Dakwah ini ialah untuk menyelaras kegiatan dakwah di sekolah dan mengawal kegiatan ajaran sesat. Namun begitu perkembangan kegiatan badan-badan dakwah dan pertambahan bilangan pelajar Islam dan guru Islam menyebabkan peranan dan tugas Pegawai Dakwah makin bertambah luas.

         Sepanjang penglibatan Nik Mohd Mohyiddeen di dalam dunia pendidikan dan dakwah beliau telah berjaya menghasilkan tiga buah buku iaitu dua buah buku teks dan sebuah buku soal jawab agama. Menyedari bahawa masyarakat pelajar yang sukar mendapat bahan rujukan  terutamanya dalam bidang agama, maka Nik Mohd Mohyiddeen telah mengambil inisiatif mengarang buku-buku tersebut. Kebanyakan buku yang dihasilkan oleh Nik Mohd Mohyideen adalah daripada himpunan nota yang beliau sampaikan di dalam bilik darjah. Manakala buku soal jawab agama pula adalah hasil daripada himpunan soalan yang dikemukakan kepada beliau dalam rancangan soal jawab agama di radio (Unit Dakwah Bahagaian Pelajaran Agama, Kementerian Pelajaran, 1983). Buku-buku tersebut ialah :

 Buku Pelajaran Tauhid Tingkatan 6.
 Buku Ilmu Mantik Tingkatan 6
 111 Soal Jawab Agama

Sebagai mengenang jasa dan sumbangan besar ini Nik Mohd Mohyiddeen telah dianugerahkan dengan beberapa pingat penghargaan dan pengiktirafan iaitu:

 Sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong pada 5 Jun 1963, Nik Mohd Mohyiddeen telah dianugerahkan Darjah Bintang Ahli Mangku Negara (AMN).

 Pada tahun 1978 Sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, Nik Mohd Mohyiddeen sekali lagi dianugerahkan Darjah Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN).

         Nik Mohd Mohyiddeen meninggal dunia pada 25 Jamadil Akhir 1401H bersamaan 30hb. April 1981 dalam usia 58 tahun disebabkan serangan penyakit jantung. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Besar, Kuala Lumpur pada jam 6.40 petang hari Khamis. Keesokan harinya iaitu hari Jumaat jenazah Allayarham Nik Mohd Mohyiddeen disembahyangkan di rumahnya yang diimamkan oleh Ustaz Hassan bin Salleh. Jenazah kemudiannya telah dibawa ke masjid al-Malik al-Faisal, Maktab Perguruan Islam, Petaling Jaya untuk disembahyangkan sekali lagi dan diimamkan pula oleh seorang imam dari Makkah. Jenazah Allayarham Nik Mohd Mohyiddeen telah disemadikan untuk selama-lamanya di tanah perkuburan Islam, Kampung Tunku, Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor bersebelahan dengan kubur anak lelakinya Nik Silmi.

Diolah dari Kertas Kerja Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara (Nik Mohd Mohyiddeen Wan Musa : Pencetus Transformasi Pendidikan Islam Kebangsaan oleh Amran Mat Ariffen & Azizi Umar

Read more...

NIK MOHD MOHYIDDEEN: TOKOH REJUVINASI PENDIDIKAN ISLAM MODEN (Bhg. 1)

            Pendidikan Islam pasca kemerdekaan memerlukan rejuvinasi bagi meneruskan matlamat Pendidikan Islam yang bertujuan mengeluarkan manusia daripada kejahilan kepada cahaya keimanan. Antara cabaran pada ketika itu ialah untuk meletakkan sistem sekolah agama dalam sistem pendidikan kebangsaan sedia ada. Idea ini telah dizahirkan oleh seorang tokoh transformasi pendidikan Islam moden iaitu Nik Mohd Mohyiddeen bin Wan Musa, seorang pendidik dan negarawan yang kian dilupai namun namanya banyak diabadikan di bangunan sekolah dan institusi pendidikan berbanding di bibir para pendidik Muslim. Nama beliau disematkan antaranya di Dewan Besar Nik Mohyiddeen Musa, IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi dan Pusat Sumber Nik Mohyiddeen Musa, Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang, Selangor.

            Beliau dilahirkan pada 23 Oktober 1923, hari Selasa, di Lorong Semian, Jalan Merbau, Kubang Pasu iaitu 20 kilometer dari Pusat Bandar Kota Bharu dan berdekatan dengan Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan. Anak bongsu daripada pasangan Wan Musa bin Abdul Samad dan Nik Zainab binti Nik Yahya ini menjadi harapan keluarga untuk menjadi seorang ulama terkemuka suatu ketika nanti. Berkat doa Wan Musa, lima orang anak lelakinya telah mengikuti jejak langkah beliau iaitu Nik Abdullah, Nik Muhammad, Nik Mahmud, Nik Salleh dan Nik Mohd Mohyiddeen. Namun begitu, kemesraan Nik Mohyiddeen bersama ayahnya tidak kekal lama kerana ketika beliau berusia enam belas tahun ayahnya telah meninggal dunia.

            Ayah beliau, Wan Musa bin Abdul Samad pernah menjawat jawatan sebagai Mufti Kelantan di bawah pemerintahan Sultan Muhammad ke-IV selama 7 tahun menggantikan Ustaz Wan Nik Daud dan Ustaz Haji Wan Ishak. Datuknya, Abdul Samad merupakan seorang ulama Kelantan yang masyhur dengan panggilan Tuan Tabal dan penyair Tariqah Ahmadiah pertama di Semenanjung Malaysia manakala neneknya iaitu Wan Som ialah daripada keturunan pembesar negeri Kelantan. Ikatan kekeluargaan daripada latar belakang ulama’ dan umara’ ini telah melahirkan tokoh-tokoh pembaharuan yang disegani oleh masyarakat.
            Nik Mohd Mohyiddeen mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Majlis Agama Islam di Bangunan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu yang terletak berdekatan dengan Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Sekolah ini memperkenalkan pelajaran sekular dan agama secara serentak dan sistem dualisme tersebut telah memberi satu pengalaman baru kepada Nik Mohd Mohyiddeen. Melalui pengalaman pendidikan dalam sistem pondok dan sistem persekolahan ini banyak mencetuskan idea pembaharuan kepada Nik Mohd Mohyiddeen dalam membangunkan ummah.

            Nik Mohd Mohyiddeen telah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, iaitu anak perempuan kepada pembesar negeri Kelantan iaitu Che Zainab binti Datuk Muhammad Salleh ketika berusia 33 tahun. Setelah setahun menjalani kehidupan berkeluarga, mereka telah dikurniakan dengan cahaya mata pertama iaitu Nik Samihah. Sebagai seorang suri rumah tangga, Che Zainab banyak menumpukan perhatian kepada keluarga dan pendidikan anak-anak di rumah. Hasil perkongsian hidup selama dua puluh lima tahun mereka telah dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nik Samihah, Nik Sirajuddin, Nik Sihamuddin, Nik Silmi dan Nik Suwaida.

            Beliau memulakan profesionnya dalam bidang pendidikan ketika berusia 23 tahun dengan menubuhkan sebuah sekolah swasta iaitu Sekolah Islah (Madrasah Islah). Pada masa yang sama, beliau merupakan guru dan mudir sekolah tersebut. Madrasah ini kemudiannya mendapat sambutan yang ramai daripada anak-anak negeri Kelantan khususnya di Kota Bharu berpunca daripada kesedaran masyarakat tentang kepentingan mata pelajar sekular di samping mata pelajaran agama juga dititikberatkan.

            Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar dan setelah kembali ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Islam Malaya, Klang selama empat tahun. Pada tahun 1967, setelah Kolej Islam Malaya diambilalih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan ditukar taraf kepada sekolah menengah, Nik Mohd Mohyiddeen telah dilantik sebagai Pengetua Kolej Islam yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Beliau memegang jawatan tersebut selama lapan tahun iaitu bermula tahun 1967 hingga 1975 serta berjaya melahirkan ramai anak murid yang sanggup berbakti dan berjasa kepada kepada agama, bangsa dan negara.

            Pada tahun 1975 juga, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pelajaran Ugama Kementerian Pelajaran yang kini dinamakan Bahagian Pendidikan Islam (BPI). Beliau telah diberikan portfolio untuk mengurus pendidikan Islam di sekolah-sekolah rendah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia ketika itu. Antara cabaran besar yang dihadapi oleh beliau ialah pengambilalihan Sekolah Agama Rakyat (SAR) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dari kerajaan-kerajaan negeri dan juga individu tertentu. Walau bagaimanapun beliau tidak sempat untuk melihat perlaksanaan pengambilalihan SAR ketika itu kerana telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1981.

            Ketokohan dan pengalaman yang ada pada diri beliau ini telah mendorong pihak kerajaan untuk menawarkannya jawatan mufti Wilayah Persekutuan yang pertama. Namun begitu, tawaran tersebut telah ditolak oleh Nik Mohd Mohyiddeen kerana beliau berpendapat perkara yang lebih menjadi keutamaan baginya ialah mempertingkatkan kefahaman generasi muda terhadap Islam melalui sistem pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama seluruh negara.

            Beliau juga merupakan perintis ke arah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang kemudiannya menjadi realiti ketika Dr. Abdul Hamid bin Hj. Othman menjadi Pengarah Bahagian Pelajaran Ugama. Kesungguhan beliau dapat dilihat melalui usaha beliau merombak sistem pelajaran sekolah-sekolah agama supaya selaras dengan aliran kebangsaan dan tuntutan masyarakat ketika itu.

            Kejayaan lulusan Kolej Islam Kelang memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya dalam pelbagai bidang pengajian di universiti-universiti tersebut seperti undang-undang, ekonomi dan bahasa pada ketika itu menjadi pemangkin dan sumber inspirasi untuk mengambilalih sebelas buah sekolah agama rakyat yang lain. Prof. Ahmad Ibrahim, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada waktu itu sangat gembira dengan perkembangan yang berlaku dalam sistem pendidikan Islam di negara ini. Kesan daripada pengambilalihan ini telah membawa kepada perubahan sistem pendidikan di sekolah agama.

Read more...

23 Jun 2013

PRODUCTIVE RAMADAN



It's that time of the year again! Ramadan is only a few weeks away and signs of Ramadan preparations are appearing everywhere in the Muslim world (and non-Muslim world as well!).

Normally, there are 3 types of people when it comes to readiness for Ramadan:

1. Some people are in panic mode and realise that there's a lot they need to do BEFORE Ramadan but they have little time to get things done.

2. Some are in super excited mode and can't wait for Ramadan to begin but they haven't really planned for it.

3. Some are not sure what to expect of Ramadan and they'll take it as it comes.

There's also a 4th type of people; these are the people who take the time to prepare and plan for a truly Productive Ramadan. They take courses and classes on Ramadan, read books and revise the rules regarding fasting during Ramadan, and sit down with pen and paper with their families and write what they want to achieve during Ramadan. They prepare themselves mentally, physically and spiritually for Ramadan.




These 5 extremely practical tips to prepare for a Productive Ramadan. So here we go:

Tip #1 READ
Read a chapter on fasting from any well-known Islamic Fiqh book. There are many in the market, but the most popular fiqh book is a book called Bulugh Al-Maram by Imam Ibn Hajr Asqalani (773H-852H) and it has the rulings regarding fasting from the major schools of Fiqh in Islam. If you find this book technical, I suggest you go through the bits you don't understand or not sure about with your local imam/scholar. Make sure you don't start Ramadan without you being clear about all the issues you normally are not clear about regarding fasting. This will save you tons of hours of confusion and doubt!



TIP #2 WRITE
Write down at least 10-20 pages of duas you want to make for yourself, your family/friends, and Ummah. This tip was shared with me by Sh.Muhammad Al-Shareef in a recent interview I held with him and I found it really useful. Do this exercise with your spouse and children and it'll be a great bonding experience. You might think it's hard to come up with 1 page of dua even, but really believe that you're asking the King of All Kings, Allah (Subhanahu Wa Ta'ala) and He'll grant you what you wish, so ask and never be shy or think "it's too much!".



TIP #3 FAST

Practice fasting! Yes, practice to fast during this last month before Ramadan. If you want to avoid the headaches and hunger pangs of the first days of Ramadan, fasting during these last few weeks before Ramadan would get you physically & mentally prepared. Aim to fast Mondays & Thursdays during this month and do more if you can. Also, don't just practice fasting from food and drink, but also from backbiting, lying, looking and listening to haram and anything that will harm your fast.

TIP #4 PRAY

If you're not used to night prayer, aim in the next few weeks before Ramadan starts to pray at least 2 rak'ah of night prayer + 3 rak'ah of witr prayer either right after Isha or just before you sleep. This will help you overcome laziness during Ramadan from praying the taraweeh prayers or late night prayers.

TIP #5 DOWNLOAD
Download our Productive Ramadan Taskinator! This is our very own hour-by-hour Ramadan planner, which helps you plan for each hour of Ramadan. It might be overwhelming at first when you first fill it, but keep filling it and you'll end up with a beautiful and practical Ramadan plan inshaAllah.

TIPS FROM PRODUCTIVE MUSLIMS

Read more...

17 Januari 2013

KALAM PIMPINAN EDISI KHAS


Kalam Pimpinan ialah salah satu 'Leadership Mini Project' dibawah Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan MTEN dalam usaha mengupaya pimpinan MTEN dan mewujudkan gagasan islah dan dakwah menerusi maya.

Anugerah Tokoh Kepimpinan Pelajar Sempena Malam Anugerah Kepimpinan Pelajar (MAKEP) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 20122/2013 di Dewan Nik Mohyiden Musa, IPG Kampus Pendidikan Islam dirasmikan oleh Timbalan Rektor IPGM pada 11/1/2013.

1) AlhamdulilLah, mudah-mudahan anugerah yang diberikan dapat melonjakkan diri saya untuk berusaha menjadi seorang murabbi yang berjaya di dunia dan di akhirat, insyaAllah.



2) Anugerah tersebut diharap mampu mendorong semua mahasiswa IPG KPI khususnya untuk berusaha  meningkatkan kualiti diri sama ada dari segi akademik, sahsiah, kepimpinan dan aktivisme.



3) Tidak hanya terkongkong dengan proforma semata-mata tetapi meneroka ilmu-ilmu tambahan melalui pembacaan, menghadiri seminar-seminar dan kuliah-kuliah ilmu. Tidak melihat tugasan hanya sebagai digit markah semata-mata malah menjadikan tugasan sebagai sesuatu cabaran untuk menghasilkan sesuatu yang luar dari kebiasaan orang lain.


4) Tidak hanya mengejar PNGK yang tinggi, malah sentiasa berusaha memperbaiki akhlak dan tingkah laku seiring tuntutan agama dan menjadikan RasululLah sebagai uswah hasanah dan qudwah hasanah. Tidak hanya menjadikan dirinya soleh atau solehah semata-mata, malah mengajak orang lain kearah menegakkan yang makruf dan meninggalkan kemungkaran yang sedang melata.       
      

3) ) Tidak melihat kepimpinan sebagai suatu yang negatif dan meletihkan, malah mengambil ruang dan peluang belajar menjadi seorang pemimpin kecil sebelum menjadi pemimpin besar. Jerit perit pengalaman yang dilalui dapat mematangkan diri menuju kepemimpin yang didambakan ummah. Tidak dapat lari daripada hakikat kepimpinan kerana kita sekarang sedang memimpin diri kita, kita bakal memimpin keluarga kita, kita bakal memimpin masyarakat kita dan kita bakal memimpin negara kita.


4) Tidak cukup dengan itu, aktivisme mahasiswa juga perlu ditonjolkan kepada masyarakat. Masa terluang dan masa cuti yang cukup lama perlu digunakan untuk perkara-perkara yang dapat mengembangkan potensi dan nilai tambah dalam diri mahasiswa guru. Pengalaman-pengalaman yang ditimba merupakan suatu yang berharga kerana dengannya seseorang itu mampu menghadapi atau melalui masa depannya dengan yakin dan tengang.


“FIKRAH MEMBINA SAHSIAH MURABBI”
MAJLIS TARBIAH NUQABA' 12/13

Read more...

Pemangkin Hizibku

  © Green islamic Template by islamic313.blogspot.com 2008