KALAM PIMPINAN EDISI KHAS
Kalam Pimpinan ialah salah satu 'Leadership Mini Project' dibawah Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan MTEN dalam usaha mengupaya pimpinan MTEN dan mewujudkan gagasan islah dan dakwah menerusi maya.
1) AlhamdulilLah, mudah-mudahan anugerah yang diberikan dapat melonjakkan diri saya untuk berusaha menjadi seorang murabbi yang berjaya di dunia dan di akhirat, insyaAllah.
2) Anugerah tersebut diharap mampu mendorong semua mahasiswa IPG KPI khususnya untuk berusaha meningkatkan kualiti diri sama ada dari segi akademik, sahsiah, kepimpinan dan aktivisme.
3) Tidak hanya terkongkong dengan proforma semata-mata tetapi meneroka ilmu-ilmu tambahan melalui pembacaan, menghadiri seminar-seminar dan kuliah-kuliah ilmu. Tidak melihat tugasan hanya sebagai digit markah semata-mata malah menjadikan tugasan sebagai sesuatu cabaran untuk menghasilkan sesuatu yang luar dari kebiasaan orang lain.
4) Tidak hanya mengejar PNGK yang tinggi, malah sentiasa berusaha memperbaiki akhlak dan tingkah laku seiring tuntutan agama dan menjadikan RasululLah sebagai uswah hasanah dan qudwah hasanah. Tidak hanya menjadikan dirinya soleh atau solehah semata-mata, malah mengajak orang lain kearah menegakkan yang makruf dan meninggalkan kemungkaran yang sedang melata.
3) ) Tidak melihat kepimpinan sebagai suatu yang negatif dan meletihkan, malah mengambil ruang dan peluang belajar menjadi seorang pemimpin kecil sebelum menjadi pemimpin besar. Jerit perit pengalaman yang dilalui dapat mematangkan diri menuju kepemimpin yang didambakan ummah. Tidak dapat lari daripada hakikat kepimpinan kerana kita sekarang sedang memimpin diri kita, kita bakal memimpin keluarga kita, kita bakal memimpin masyarakat kita dan kita bakal memimpin negara kita.
4) Tidak cukup dengan itu, aktivisme mahasiswa juga perlu ditonjolkan kepada masyarakat. Masa terluang dan masa cuti yang cukup lama perlu digunakan untuk perkara-perkara yang dapat mengembangkan potensi dan nilai tambah dalam diri mahasiswa guru. Pengalaman-pengalaman yang ditimba merupakan suatu yang berharga kerana dengannya seseorang itu mampu menghadapi atau melalui masa depannya dengan yakin dan tengang.
“FIKRAH MEMBINA SAHSIAH MURABBI”
MAJLIS TARBIAH NUQABA' 12/13
MAJLIS TARBIAH NUQABA' 12/13