17 April 2009

Aktiviti Dakwah Sekitar KL

AKTIVITI DAKWAH
“TURUN KE LAPANGAN”
MENDEKATI REMAJA MENANGANI GEJALA SOSIAL
18 April 2009
Sesi 1: Lokasi : Perumahan Pantai Dalam
8.00 pagi : Berkumpul di Masjid Al-Ikhlasiyah, Pantai Dalam
: Pendaftaran
: Sarapan Pagi
9.00 pagi : Ceramah: Pendedahan Ekslusif Gejala Sosial
& Keperluan Gerak Kerja Dakwah di Lapangan
Oleh Ustaz Kamarudin Kassim (Aktivis Menangani Gejala Sosial)
10.30 pagi : Jamuan ringan
11.00 pagi : Perbincangan Berkumpulan
12.00 tghri : Taklimat Gerak Kerja Dakwah “Turun Ke Lapangan”
12.30 tghri : Makan Tengahari
: Solat Zohor
2.00 petang : Aktiviti Dakwah “Turun ke Lapangan” Mendekati Remaja
4.30 petang : Solat Asar
: Jamuan Ringan
: Aktiviti Dakwah “Turun ke Lapangan” Mendekati Remaja
: Bersurai
Sesi 2 : Lokasi : Flat Sri Penara, Bandar Seri Permaisuri
7.00 mlm : Berkumpul di Surau Al-Firdaus, Sri Penara, Bandar Seri Permaisuri
: Solat maghrib
8.00 mlm : Ceramah Khas Selamatkan Zuriat Kita
Oleh Us Kamarudin Kassim (Aktivis Menangani Gejala Sosial)
9.00 mlm : Solat Isya’
9.30 mlm : Taklimat Gerak Kerja Dakwah “Turun Ke Lapangan”
11.00 mlm : Aktiviti Dakwah “Turun ke Lapangan” Mendekati Remaja
1.00 pagi : Bersurai
19 April 2009
Sesi 1 : Lokasi : Sekolah di Bandar Seri Permaisuri
9.30 pagi : Program Khas Bersama Remaja Sekolah
Oleh: Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin

Read more...

05 April 2009

CETUSAN RASA DAN PENDAPAT

Baharu sahaja selesai Kuliah Dhuha : Isu Penggunaan Nama Allah dan Kristianisasi yang bertempat di Masjid As-Syafie, IPGM Kampus Pendidikan Islam. Dengan kehadiran yang begitu memuaskan serta penglibatan para pensyarah dan ahli-ahli qariah amat membuktikan bahawa isu ini perlu diketahui oleh semua peringkat umur dan disampaikan kepada masyarakat. Kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Rashidy Jamil Muhammad Ar Rashid, Presiden Tuan Sharifah Islamic Foundation, begitu berkesan sehingga menaikkan semangat pelajar-pelajar IPGM Kampus Pendidikan Islam untuk bersama dalam menyebarkan dakwah walaupun dalam framework sebagai guru pelatih. Situasi hari ini sungguh membimbangkan. Gerakan Kristianisasi terus ‘berkembang’ dengan kesungguhan para mubaligh Kristian dengan menggunakan manhaj yang sesuai berbanding para pendakwah Muslim (bukan semua). Komik-komik yang berunsur Kristianisasi diterbitkan dan diberikan secara percuma untuk tatapan kanak-kanak di kawasan Bukit Bintang agar menjadi ‘input’ buat mereka serta penyebaran risalah-risalah ‘Rahsia Jalan Lurus’ yang diberikan percuma kepada pelajar di Sabah dan Sarawak. Sebelum terlupa, saya menyeru agar Biro Dakwah JPP kampus ini dapat merancang satu program khusus (cth : Kursus Perbandingan Agama) sebagai ‘add value’ buat para guru pelatih khususnya yang akan posting tidak lama lagi (KPLI) yang besar kemungkinan akan dihantar ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak agar dapat memahami dan menjadi ‘duta’ dalam perbandingan agama ini serta dapat menyebarkan dakwah ke seluruh bumi Malaysia. Teringat kata-kata Pak Muhammad Natsir, Mantan Perdana Menteri Indonesia , “Sudah sempurna perpecahan kami di Indonesia” dan Allahyarham berkata lagi, “Malaysia adalah benteng terakhir Islam di rantau serumpun dan seagama ini”. Alangkah beratnya tanggungjawab kita sebagai Muslim dalam mempertahankan agama Allah di bumi Malaysia ini. Tidak perlu mempersoalkan di mana pendakwah Muslim yang lain tapi perlu mempersoalkan apakah peranan kita sebagai seorang Muslim . Bak kata orang utara, “Buat apa satu, jangan tak buat apa satu”. Berbalik kepada penggunaan nama Allah tadi jelas bahawa pihak Kristian segaja untuk menggunakan nama Allah dalam terjemahan kalimah Tuhan dalam Bahasa Malaysia, untuk memudahkan mereka memurtadkan orang Islam. Betapa liciknya mereka. Bukan taraf saya untuk memperlekehkan pendapat para alim ulama (yang membenarkan penggunaan kalimah Allah) yang jauh lebih arif daripada saya, namun persoalannya adakah kita sedar bahawa isu ini jelas adalah TUNTUTAN yang ke-9 oleh IFC (Inter-Faith Commision) yang mahu kalimah/istilah Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah ini digunakan dalam percakapan dan sebagainya. Benar pendapat Dr. M. Asri Zainul Abidin yang berpendapat bahawa akidah bukan diukur dengan nama tetapi dengan tauhid atau kesyirikan penganutnya. Tetapi adakah kita melihat kesan penggunaan istilah-istilah ini dalam worldview ? Tulisan ini hanya sebagai luahan penulis sahaja.

Ibnu Hasni al-Jundy

1318

Read more...

01 April 2009

Antara Perjuangan & Kepentingan

Sedih, pilu seketika ketika memikirkan permasalahan yg berlaku. Suasana seperti mesyuarat yang sedang di'BOIKOT'. Ketika org lain menagihkan 'tarbiyah', kita di sini berebut mencari ahli persatuan. Pelbagai persatuan wujud tp x nampak fikrah Islamiah itu. Hanya mementingkan diri. WHY? Mari bersama fikir sejenak, manakah yang lebih penting antara perjuangan & kepentingan. Pihak yang berebut harus sedar peranan persatuan masing2. Ada ketika sesuatu persatuan itu tidak mampu menjalankan aktiviti yg luar daripada 'kuasanya'. Kedua-duanya harus bergabung dan tidak mementingkan diri sahaja. Bergerak dalam pelbagai cara/jalan tetapi sebenarnya menuju kepada keredhaan Allah Yang Satu (bukan konsep Pluralisme Agama). Tafsiran saya ketika itu ialah kurangnya fikrah dan roh Islam dalam kalangan masyarakat. X sampai 2/3 yang ada ketika itu. Kenapa? Assignment? Aduh, pendidikan berorientasikan peperiksaan amat 'menyedihkan'. Sekular ke 2? Diharapkan transformasi pendidikan yang dicetuskan baru-baru ini 'mencerahkan kembali' konsep pendidikan negara. Firman Allah dalam surah Muhammad ayat 7 : Hai orang2 yg beriman, sekiranya kamu menolong agama Allah nescaya dia akan menolongMu dan meneguhkan kedudukanMu. Bersatu dalam perjuangan sahabat2....org lain sedih menagihkan usrah, persatuan dan sebagainya tetapi kita yang sudah banyak persatuan (ada yg disekat) tak mampu bersatu disebabkan masalah kecil. Fuh...rasanya luahan ini pasti jadi buah mulut 'orang di sekitar ini'. Sekadar luahan seorang insan kerdil...

Read more...

Pemangkin Hizibku

  © Green islamic Template by islamic313.blogspot.com 2008