02 September 2009

GERAMNYA AKU.....


Merujuk Sinar Harian hari Selasa (1 Sept. 2009) baru-baru ini, Setiausaha Organisasi DAP, Teresa Kok menyarankan agar Kerajaan Pusat menghapuskan ruangan bangsa dan agama dalam semua borang di negara ini sejajar dengan konsep 1Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri. “Kalau kita lihat negara maju yang lain, mereka tidak meletakkan ruangan bangsa dan agama tetapi hanya ruangan warganegara sahaja”ujar beliau.


Sebagai individu muslim, saya melihat perkara ini amat bahaya dan serius dalam usaha mem’pluralisme’kan agama-agama di Malaysia seperti mana yang dilaungkan oleh puak-puak Liberal di Malaysia sejak dahulu lagi. Dan kesannya mampu membawa perubahan yang besar kepada Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara (the Law of Land) seperti mana diperuntukkan dalam perlembagaan. Kelihatan puak-puak kafir (baca: DAP) semakin menjadi-jadi sama ada secara senyap mahupun terang dalam usaha mereka menghentam serta menghapuskan Islam di Malaysia. Walaupun ini hanya saranan, namun umat Islam harus peka terhadap strategi-strategi golongan yang berkiblatkan sekularisme ini kerana mereka tidak akan mengalah sehingga kita yakni umat Islam mengikuti mereka. Allah berfirman :


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). (Al-Baqarah:120)


Saranan ini perlu dibantah sepenuhnya oleh semua umat Islam agar kedudukan Islam dapat dibela dan tidak dipermain-mainkan oleh pihak kafir. Ayuh umat Islam seluruhnya membantah cadangan ini yang jika dilaksanakan mampu memberi kesan yang amat buruk kepada kedudukan/kedaulatan Islam di negara kita. UMNO, PAS dan parti-parti politik lain perlulah berlapang dada terhadap perkara yang berselisih dan bersatulah kepada perkara yang disepakati yakni aqidah umat islam yang semakin diganggu gugat. Teringat kata-kata Pak Natsir, “Sudah sempurna perpecahan kami di Indonesia” dan menyambung lagi, “Malaysia adalah benteng terakhir di rantau serumpun dan segama ini”. Bersambung….

0 ulasan:

Pemangkin Hizibku

  © Green islamic Template by islamic313.blogspot.com 2008