Ibrah Merdeka Buat Pendidik
“Dan
perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah S.W.T akan
orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan
memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang
yang menceroboh.”(2:190)
Satu hakikat yang mungkin dilupai atau mungkin sengaja disembunyikan oleh
pihak tertentu ialah kebangkitan menentang penjajah telah bermula pada hari
pertama kejatuhan Melaka pada tahun 1511. Jurang hampir 446 tahun kita dijajah
sebelum mencapai kemerdekaan sudah tentunya begitu ramai pejuang yang lahir, bangkit
dan syahid dengan matlamat untuk meruntuhkan tradisi penjajahan serta
mendaulatkan Islam.
Begitu juga dengan gerakan menentang penjajah sebenarnya dipengaruhi oleh
sentimen Othmaniyah yang meresap masuk ke Tanah Melayu bertitik tolak daripada
hubungan Sheikh Ahmad al-Fathani yang menjadi perantara Tanah Melayu dan
kerajaan Islam Turki Uthmaniah. Hubungan ini membuktikan bahawa wujudnya sistem
satu khalifah (Turki Othmaniyah) yang menaungi semua kerajaan kecil di bawahnya
termasuk Tanah Melayu. Bahkan kerajaan Islam di Tanah Melayu terlebih dahulu
tumbang (1511) ke tangan penjajah berbanding kerajaan Turki Othmaniyah pada
1924.
Sheikh Ahmad al-Fathani, Tuan Guru Hj. Abdul Rahman Limbong, Tuan Guru Hj.
Hassan bin Munas (Tok Janggut), Tokku Paloh, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Dr.
Burhanudin Hemly serta ramai lagi merupakan adalah merupakan antara pejuang
kemerdekaan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa ramai antara tokoh tersebut
terdiri daripada golongan yang pernah terlibat dalam profesion pendidikan pada
ketika itu. Antaranya :
§
Sheikh Ahmad al-Fathani berjaya melatih
murid-muridnya mengikut kebolehan masing-masing sehinggalah menjadi tokoh yang
terkenal antaranya Tok Kenali, Tok Janggut dan lain-lain. Terdapat juga murid
beliau yang dilatih dalam bidang siasah, penerbitan dan pentashihan kitab.
§
§
Tuan Guru Hj. Abdul Rahman Limbong merupakan
tenaga pengajar di suraunya di Jonggok Tong, Beladau, Kuala Terengganu dan di
surau Sayyid Saggaf.
§
§
Syeikh Abu Bakar berada di Kuala Kangsar
selama tiga tahun (1931-1933), dan terlibat secara langsung sebagai guru
pelatih dengan diberi gaji RM30.00 sebulan dan akhirnya pulang dan mengasaskan
Ma’ahad Ehya al-Syarif di Gunung Semanggol.
§
§
Dr. Burhanuddin al-Helmy pernah bertugas
sebagai guru bahasa Arab di Sekolah Arab Al-Juned, Singapura.
§
Tokoh-tokoh tersebut lahir daripada kefahaman dan kesedaran untuk
membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah melalui pendekatan
masing-masing. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa golongan pendidik dahulu
merupakan antara penggerak utama kemerdekaan negara. Persoalannya, sejauh
manakah kefahaman dan kesedaran kita untuk membebaskan generasi anak bangsa
kita pada hari ini yang tidak dapat dipisahkan dengan gejala keruntuhan akhlak.
Rujuk, Salah Laku Pelajar :
Salah Siapa? (http://gegar.wordpress.com/2009/06/27/38/)
Tidak lain dan tidak bukan mestilah bermula daripada diri kita sendiri.
Sejauh manakah persediaan kita untuk menjadi seorang murabbi dan muaddib yang
bakal melahirkan modal insan yang benar-benar berguna kepada agama, bangsa dan
negara? Ataupun hanya ingin menjadi guru yang hanya menunggu gaji tiap-tiap
bulan tanpa ada gagasan untuk melahirkan anak bangsa yang benar-benar berguna.
“FIKRAH
MEMBINA SAHSIAH MURABBI”
"Golongan
guru-guru sekolah Melayu yang rajin membaca, yang sedar dirinya terhadap
kanak-kanak yang diajarnya sekarang akan jadi pemuda esok hari-pemuda harapan
bangsa, bukan guru-guru menunggu gaji dari sebulan ke sebulan.
Guru-guru
insaf itu suka memperhatikan surat-surat khabar dalam dan luar negeri
terutamanya buku buku pergerakan saudara sebakanya yang sedang membina bangsa
dan negara baharu telah dapat pemandangan dan melambai jiwa mereka untuk
bertindak dan mempersiapkan langkah terhadap kebangsaan." - Dr Burhanuddin al-Helmy
Muhammad Izzul Islam bin Hasni
Tahun 3
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pendidikan Islam)
IPG Kampus Pendidikan Islam
0 ulasan:
Catat Ulasan