26 Disember 2011

RAYUAN AWAM : Hentikan Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik


RAYUAN AWAM



Kepada :

1. YAB. Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak

2. YB. Dato’ Sri Mustapa Mohamed


Per: Rakyat Malaysia Gesa Hentikan Run

dingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik dan Ke Arah Lebih Telus



Kami, rakyat dan pertubuhan yang prihatin yang bertandatangan di bawah ini, ingin menyuarakan bantahan kami terhadap rundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik yang kini sedang berjalan. Kami mewakili mereka yang hidup dengan HIV/AIDS, pengguna, petani, aktivis kesihatan, kumpulan hak asasi manusia dan kumpulan lain rakyat Malaysia.



Kami menyedari bahawa skop rundingan meliputi banyak sektor yang amat penting kepada rakyat Malaysia yang boleh memberikan kesan terhadap pekerjaan dan jaminan keselamatan makanan, akses terhadap ubatan yang lebih murah, ketahanan industri domestik, penyedia perkhidmatan, daya maju firma dan ladang kecil dan yang paling penting kedaulatan negara.



Kami terperanjat apabila mendapati rundingan penting seperti ini dijalankan dalam keadaan yang paling tidak demokratik dan tidak telus. Tidak terdapat penelitian Parlimen terhadap apa yang dipersetujui, memandangkan dasar dan undang-undang sedia ada ditukar atau diubah suai untuk memenuhi kehendak Amerika. Begitu juga, tiada ruang untuk penyertaan atau maklum balas awam dalam proses ini padahal kehidupan rakyat biasa mungkin terjejas. Ini juga bertentangan dengan komitmen kerajaan pada masa ini untuk lebih telus dan bertanggungjawab.



Kami juga sedar terdapat bantahan di seluruh dunia berhubung dengan FTA. Kami juga tahu dalam FTA yang telah dipersetujui dengan Amerika Syarikat, komitmen negara membangun telah melangkaui kewajipan dalam WTO. Ini amat tidak adil dan tidak wajar.



Sebelum rundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik ataupun mana-mana FTA, Kerajaan Malaysia seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya Penilaian Kos Faedah Komprehensif yang diumumkan kepada orang ramai dan telus sepertimana dalam kes Penilaian Kesan Alam Sekitar, dan yang paling baru dilancarkan ialah Penilaian Kesan Sosial. Faedah dan kos boleh dinilai dalam bentuk: (a)keuntungan dan kerugian dalam bentuk perdagangan: contohnya peningkatan dalam eksport, import; (b)keuntungan dan kerugian dalam bentuk pekerjaan; (c)kesan terhadap ruang dasar dan fleksibiliti yang boleh diperolehi kepada negara hasil daripada FTA; (d)kesan sosial: akses terhadap ubatan yang lebih murah, terhadap pengetahuan, jaminan keselamatan makanan dan sebagainya; (e)kesan terhadap pembangunan dan pemindahan teknologi dan (f)kos terhadap alam sekitar dan sosial.



Memandangkan kurangnya ketelusan dan akauntabiliti dalam rundingan yang kini sedang berjalan dan kemungkinan besar hasil yang berat sebelah dalam rundingan FTA Amerika Syarikat-Malaysia, kami menggesa kerajaan supaya menghentikan dengan segera semua rundingan yang selanjutnya berhubung perkara ini. Sehingga Penilaian Kos Faedah Komprehensif dilakukan, dan diumumkan kepada orang ramai dan dibuka untuk penelitian Parlimen dan orang ramai serta mendapat maklum balas dan mendapati memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia, tiada rundingan perlu diteruskan.



Nama

Organisasi/Alamat

Tandatangan
























Hantarkan surat yang telah diisi kepada YAB Dato' Sri Najib dan Dato' Seri Mustapa Mohamed



Link :



0 ulasan:

Pemangkin Hizibku

  © Green islamic Template by islamic313.blogspot.com 2008