DARI SENPAI UNTUK KOHAI
Islam merupakan ad-deen
(الدين) yang menyanjung tinggi martabat keinsanan
dalam diri manusia. Islam mengiktiraf peranan aqal yang dipandu oleh wahyu
Allah s.w.t dalam menjamin keselamatan dunia dan akhirat. Kemampuan aqal yang
terbatas merupakan antara asbab untuk orang beriman meyakini dan melaksanakan peraturan
dan perundangan yang telah ditetapkan oleh Khaliq kepada makhluq-Nya. Orang
yang beriman sentiasa berusaha untuk melaksanakan ajaran Islam secara kulli (كل) dalam seluruh aspek kehidupan. Firman Allah s.w.t :
Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah
kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan
janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh
bagi kamu Yang terang nyata.
Pensyariatan
batas-batas agama seperti aurat kepada lelaki dan wanita merupakan salah satu
manifestasi yang membuktikan bahawa Islam amat memelihara maruah dan martabat
keinsanan. Secara analoginya, sesuatu hadiah yang berharga sudah pastinya akan dijaga
dengan rapi, dihiaskan dengan perhiasan yang indah, dibalut dengan pembalut
yang cantik dan ceria supaya penerimanya berasa gembira. Dalam memelihara maruah
manusia, Islam menetapkan had-had aurat yang wajib ditutup sama ada lelaki dan
perempuan supaya lebih dikenali dan tidak mudah diganggu. Firman Allah s.w.t :
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Al Ahzab:59)
Kefahaman setiap individu Muslim tentang kewajipan memelihara batas-batas agama ini akan melahirkan suasana masyarakat yang solehah. Islam memberi satu perhitungan yang penting kepada suasana atau bi’ah yang solehah dan meletakkannya sebagai salah satu faktor penting dalam mendorong kepada kebaikan dan kejahatan. Allah s.w.t memperingatkan orang Islam supaya besama-sama orang yang menyeru kepada-Nya pada waktu siang dan malam. Firman-Nya :
Maksudnya : Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang
menyembah Tuhannya di waktu pagi dan senja yang mengharapkan keredhaan Allah
semata-mata. (al-Kahfi:28)
Rasulullah s.a.w
menceritakan berkenaan seorang manusia dari umat terdahulu yang bercita-cita
hendak bertaubat dari dosa-dosa jenayah yang telah dilakukan dalam hidupnya.
Lalu ia bertanya kepada seorang ‘alim pada zaman itu tentang hajatnya dan
bertanya, “Adakah jalan untuk saya bertaubat sedangkan saya telah membunuh 100
orang?.” Jawab orang ‘alim itu, ‘Ya, siapakah yang boleh menyekat seseorang itu
daripada bertaubat? Pergilah engkau ke suatu daerah dan engkau akan menjumpai
ramai orang yang beribadah kepada Allah s.w.t. Tinggallah engkau di situ
beribadah bersama-sama mereka dan janganlah engkau kembali ke tempat asal
kerana ia adalah tempat yang jahat”.
Dengan wujudnya
biah solehah, ianya dapat memudahkan seluruh penghuni seseuatu tempat untuk
melaksanakan amalan-amalan yang dapat mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.
Keadaan inilah yang akan mendorong manusia untuk melaksanakan Islam dalam
seluruh aspek kehidupan manusia. Penerapan nilai-nilai Islam dalam masyarakat
Muslim akan menonjolkan qudwah hasanah kepada masyarakat non-Muslim untuk
mereka mendekati Islam dengan lebih dekat dan menjadi rahmat kepada seluruh
alam.
Sekalung
tahniah diberikan kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2013/2014 dan Biro
Dakwah, Kerohanian dan Keselamatan atas inisiatif melancarkan Kod Etika
Pemakaian Pelajar di IPG Kampus Pendidikan Islam baru-baru ini. Kerjasama pihak
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan seluruh warga kampus dalam merecanakan kod etika
ini menunjukkan keprihatinan warga kampus untuk mematuhi syariat Allah s.w.t di
samping menjadi role-model kepada kampus-kampus dan institusi-institusi yang
lain.
Kod etika yang
dilancarkan ini merupakan salah satu alternatif untuk memastikan bi’ah islamiah
(biah solehah) di kampus ini sentiasa dipelihara dan menjadi keizzahan warganya.
Pendidikan mengenai batas-batas aurat dan hikmahnya juga perlu diperluaskan
dari semasa ke semasa memandangkan wujudnya kepelbagaian latar belakang dan kehidupan
sosial mahasiswa pendidik sebelum masuk ke alam kampus. Pengisian, penerangan,
penyebaran risalah dan sebagainya merupakan antara medium dakwah yang boleh
digunakan supaya mahasiswa pendidik khususnya dan warga kampus amnya sentiasa
dalam keredhaan Allah s.w.t.
Read more...