05 April 2009

CETUSAN RASA DAN PENDAPAT

Baharu sahaja selesai Kuliah Dhuha : Isu Penggunaan Nama Allah dan Kristianisasi yang bertempat di Masjid As-Syafie, IPGM Kampus Pendidikan Islam. Dengan kehadiran yang begitu memuaskan serta penglibatan para pensyarah dan ahli-ahli qariah amat membuktikan bahawa isu ini perlu diketahui oleh semua peringkat umur dan disampaikan kepada masyarakat. Kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Rashidy Jamil Muhammad Ar Rashid, Presiden Tuan Sharifah Islamic Foundation, begitu berkesan sehingga menaikkan semangat pelajar-pelajar IPGM Kampus Pendidikan Islam untuk bersama dalam menyebarkan dakwah walaupun dalam framework sebagai guru pelatih. Situasi hari ini sungguh membimbangkan. Gerakan Kristianisasi terus ‘berkembang’ dengan kesungguhan para mubaligh Kristian dengan menggunakan manhaj yang sesuai berbanding para pendakwah Muslim (bukan semua). Komik-komik yang berunsur Kristianisasi diterbitkan dan diberikan secara percuma untuk tatapan kanak-kanak di kawasan Bukit Bintang agar menjadi ‘input’ buat mereka serta penyebaran risalah-risalah ‘Rahsia Jalan Lurus’ yang diberikan percuma kepada pelajar di Sabah dan Sarawak. Sebelum terlupa, saya menyeru agar Biro Dakwah JPP kampus ini dapat merancang satu program khusus (cth : Kursus Perbandingan Agama) sebagai ‘add value’ buat para guru pelatih khususnya yang akan posting tidak lama lagi (KPLI) yang besar kemungkinan akan dihantar ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak agar dapat memahami dan menjadi ‘duta’ dalam perbandingan agama ini serta dapat menyebarkan dakwah ke seluruh bumi Malaysia. Teringat kata-kata Pak Muhammad Natsir, Mantan Perdana Menteri Indonesia , “Sudah sempurna perpecahan kami di Indonesia” dan Allahyarham berkata lagi, “Malaysia adalah benteng terakhir Islam di rantau serumpun dan seagama ini”. Alangkah beratnya tanggungjawab kita sebagai Muslim dalam mempertahankan agama Allah di bumi Malaysia ini. Tidak perlu mempersoalkan di mana pendakwah Muslim yang lain tapi perlu mempersoalkan apakah peranan kita sebagai seorang Muslim . Bak kata orang utara, “Buat apa satu, jangan tak buat apa satu”. Berbalik kepada penggunaan nama Allah tadi jelas bahawa pihak Kristian segaja untuk menggunakan nama Allah dalam terjemahan kalimah Tuhan dalam Bahasa Malaysia, untuk memudahkan mereka memurtadkan orang Islam. Betapa liciknya mereka. Bukan taraf saya untuk memperlekehkan pendapat para alim ulama (yang membenarkan penggunaan kalimah Allah) yang jauh lebih arif daripada saya, namun persoalannya adakah kita sedar bahawa isu ini jelas adalah TUNTUTAN yang ke-9 oleh IFC (Inter-Faith Commision) yang mahu kalimah/istilah Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah ini digunakan dalam percakapan dan sebagainya. Benar pendapat Dr. M. Asri Zainul Abidin yang berpendapat bahawa akidah bukan diukur dengan nama tetapi dengan tauhid atau kesyirikan penganutnya. Tetapi adakah kita melihat kesan penggunaan istilah-istilah ini dalam worldview ? Tulisan ini hanya sebagai luahan penulis sahaja.

Ibnu Hasni al-Jundy

1318

Read more...

01 April 2009

Antara Perjuangan & Kepentingan

Sedih, pilu seketika ketika memikirkan permasalahan yg berlaku. Suasana seperti mesyuarat yang sedang di'BOIKOT'. Ketika org lain menagihkan 'tarbiyah', kita di sini berebut mencari ahli persatuan. Pelbagai persatuan wujud tp x nampak fikrah Islamiah itu. Hanya mementingkan diri. WHY? Mari bersama fikir sejenak, manakah yang lebih penting antara perjuangan & kepentingan. Pihak yang berebut harus sedar peranan persatuan masing2. Ada ketika sesuatu persatuan itu tidak mampu menjalankan aktiviti yg luar daripada 'kuasanya'. Kedua-duanya harus bergabung dan tidak mementingkan diri sahaja. Bergerak dalam pelbagai cara/jalan tetapi sebenarnya menuju kepada keredhaan Allah Yang Satu (bukan konsep Pluralisme Agama). Tafsiran saya ketika itu ialah kurangnya fikrah dan roh Islam dalam kalangan masyarakat. X sampai 2/3 yang ada ketika itu. Kenapa? Assignment? Aduh, pendidikan berorientasikan peperiksaan amat 'menyedihkan'. Sekular ke 2? Diharapkan transformasi pendidikan yang dicetuskan baru-baru ini 'mencerahkan kembali' konsep pendidikan negara. Firman Allah dalam surah Muhammad ayat 7 : Hai orang2 yg beriman, sekiranya kamu menolong agama Allah nescaya dia akan menolongMu dan meneguhkan kedudukanMu. Bersatu dalam perjuangan sahabat2....org lain sedih menagihkan usrah, persatuan dan sebagainya tetapi kita yang sudah banyak persatuan (ada yg disekat) tak mampu bersatu disebabkan masalah kecil. Fuh...rasanya luahan ini pasti jadi buah mulut 'orang di sekitar ini'. Sekadar luahan seorang insan kerdil...

Read more...

24 Mac 2009

Hina Nabi Boleh, hina umno jangan

Shah Alam 25 Mac 10.28pm | Jurucakap PERMASIS Wan Afifi Wan Zainuddin mempersoal kejujuran Perdana Menteri Malaysia menyokong tindakan gantung permit penerbitan harakah dan Suara Keadilan dalam ucapan Abdullah di Pemilihan Agong UMNO (PAU) semalam.

Afifi“Waktu Abdullah jadi Menteri Dalam Negeri dulu, beliau sanggup tidak gantung terus permit NST walaupun sah Ketua Pengarah Brendan Pareira menyiarkan karikator hina nabi. Tapi, harakah SK, mungkin bimbang UMNO dihina dalam PAU kali ini, beliau bertindak sebaliknya. Sebab itu saya persoal kejujurannya tidak kira atas wazan agama, mahupun atas ‘keadilan media’ untuk kedua-dua akhbar oposisi tersebut,” jelas Afifi.

Katanya, Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi disaran mengenal pasti unsur-unsur fitnah dalam kedua-dua akhbar tersebut seterusnya meminta pihak berwajib menyerahkan ’surat tunjuk sebab’ atau saman mereka di mahkamah; sekiranya beliau benar-benar jujur.

Beliau yang juga Pengarah Penyelidikan dan Kajian Strategik NGO Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMASIS) menyifatkan Abdullah meninggalkan legasi buruk dan tidak bermaruah kepada penggantinya disebabkan tindakan tidak demokratik tersebut.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa konspirasi tersebut ada kaitannya dengan perlantikan Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO yang baru dan beberapa pilihanraya kecil pada awal April depan.

Tambahnya lagi, dijangkakan Abdullah dan UMNO bakal terus dimusuhi rakyat dan media alternatif disebabkan sokongannya ke atas Dato Seri Syed Hamid Albar.

Malah, era kepemimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak juga diramalkan jauh lebih mencengkam berbanding era Abdullah dan Perdana Menteri sebelumnya Tun Dr. Mahathir Mohammad kelak.

Semalam, Abdullah menyokong tindakan calon Naib Presiden UMNO Hamid Albar menggantung permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan serta-merta selama tiga bulan.

Kenyataan ini dibuat selepas beliau mempengerusikan mesyuarat tertutup NGO tersebut di sini kelmarin. -mahasiswakini

Read more...

Pemangkin Hizibku

  © Green islamic Template by islamic313.blogspot.com 2008