15 Mac 2010

SUKARELAWAN GURU BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS DIPERLUKAN DI PATANI




Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi..

Kami memerlukan seramai 5 orang guru perempuan dan 5 orang guru lelaki untuk menjadi sukarelawan sebagai guru bahasa melayu dan inggeris.
tawaran ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat...


nama sekolah :
Ma'had Al-Bi'that Ad-Diniah (Sekolah Pondok Haji Harun)


tempat :
Selatan Thai (di Bandar Yala) @ wilayah Yala

masa :
1 April 2010 hingga 1Mei 2010

tempoh mengajar :
sebulan (4minggu)

bilangan murid :
5500 orang

gaji :
tiada~ ini fisabilillah.... ;)

kemudahan :
penginapan dan makan minum disediakan seadanya

tugasan anda :
mengajar bahasa melayu dan bahasa inggeris
bilangan guru yang diperlukan :
5 lelaki dan 5 perempuan


anda berminat?
sila hubungi saudari nur khalilah rasyidah (lillah)
kha_lillah@yahoo.com.sg 019-4737645

atau

saudara Mohd Saiful Afindi Sulaiman 019-4131472



sila beri
1) nama penuh anda,
2) nombor telefon,
3) latar belakang pendidikan
4) dan email anda.

semoga Allah mempermudahkan urusan kita dan memberi ruang untuk kita melibatkan diri dalam kerja-kerja amal...

*******************************************************************
sedikit catatan (MESTI BACA) :


sekolah pondok haji Harun ini merupakan sebuah sekolah aliran agama dan akademik.. sekolah ini terletak di Selatan Thai (di Bandar Yala) @ wilayah Yala.


sesi pagi fokus akademik manakala sesi petang fokus agama. terdapat empat kuliah iaitu kuliyah bahasa arab, syariah, tarbiyah dan usuluddin.

jumlah pelajar kuliah ini adalah lebih kurang 600 orang.
di sini juga terdapat sekolah tingkatan 1 hingga tingkatan 6. sekolah ini mempunyai lebih 500 orang guru. sebelum ini sekolah ini pernah mempunyai lebih kurang 8000 orang pelajar. kini pelajarnya cuma 5500 berikutan pergolakan yang berlaku di selatan thai.

terdapat beberapa kes dimana beberapa orang guru ditembak menyebabkan ramai yang tidak berani untuk meneruskan pelajaran di sini.


*******************
Anda ingin menyumbang???

Untuk bantuan sumbangan kewangan boleh disalurkan boleh di salurkan atas nama Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Pulau Pinang, No. Akaun Bank Islam : 7043011013136. Diharapkan Tuan dapat memaklumkan jumlah derma kepada pihak kami untuk tujuan rekod.

kami memerlukan dana untuk membantu menyediakan:

1)keperluan asas pelajar seperti pakaian sekolah, beg sekolah, alatan belajar dan buku-buku yang boleh dimanfaatkan

2)membina dan meningkatkan kemudahan asas sekolah seperti bilik darjah, perpustakaan, pejabat dan sebagainya.


catatan : kepada mereka yang mahukan iklan promosi melalui sms untuk disebarkan, sila hubungi saudari nur khalilah rasyidah di 019-4737645

moga Allah mengetuk pintu hati kita untuk sama-sama berjuang susah senang bersama.... amin..

Read more...

10 Februari 2010

Jerat V-Day


Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen, iklan dan filem yang bertemakan perayaan ini. Perayaan ini biasanya diraikan dengan setiap pasangan memberikan hadiah kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Kebelakangan ini, pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang-pasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang Islam. Tidak dapat dinafikan bahawa statistik ini menunjukkan kejadian zina semakin berleluasa dan tidak dapat tidak, Hari Kekasih dilihat sebagai salah satu hari daripada hari yang digelar ‘Musim Mengawan’ kepada muda-mudi kita. Lebih-lebih lagi, apabila laporan akhbar menyatakan wujudnya kempen ‘Bare Your Loves, No Panties During Valentine’ yang menular ke IPT-IPT dan sekolah-sekolah. Walaupun pihak atau individu yang memulakan kempen ini tidak kami ketahui, kempen ini jelas mencabar ajaran Islam yang malarang umatnya mendekati zina. Maka, harus diingat, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam”. Manakala Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.
Oleh itu, dengan ini Urusetia Menangani Gejala Sosial P.Pinang (UNGGAS), Persatuan Ulama’ Malaysia Caw P.Pinang (PUMPP), Angkatan Penuda Pemudi Islam (API) dan Komunti Suara Kehidupan (KoSuKe) akan memulakan kempen ‘Jerat Valentine Day’ bertujuan mendidik masyarakat terutama ibubapa tentang bahaya membiarkan budaya songsang ini terus hidup dalam masyarakat Islam. Dengan itu, kami akan turun ke peringkat akar umbi untuk berkempen dalam bentuk pengedaran poster, edaran cd-cd kesedaran, ceramah-ceramah umum, tayangan video-video kesedaran di pasar-pasar malam dan tempat awam. Acara kemuncak adalah program Latihan Aktivis Dakwah Dalam Isu Sosial (LANDAS) yang bertujuan membentuk pendakwah lapangan yang berkemahiran tinggi pada 13 – 14 hb Feb dan Operasi Sayangi Remaja iaitu satu bentuk operasi pencegahan maksiat dalam bentuk kaunseling di lapangan yang akan dilaksanakan disekitar Pulau Pinang. Kami menyeru agar masyarakat Pulau Pinang member sokongan yang padu dalam usaha kami ini. Hubungi saudara Nurfitri Amir Muhammad di talian 013-7069509 untuk maklumat lanjut.

Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS)
Persatuan Ulama' Malaysia Caw P.Pinang (PUMPP)
Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)
Komuniti Suara Kehidupan (KOSUKE)

Read more...

31 Disember 2009

Bukan Sekadar NAMA...

بسم الله الرحمن الرحيم

Apa Itu Interfaith Commission (IFC)?

IFC yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religious Council (IRC) - adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama (termasuk aduan orang Islam terhadap agama Islam dan orang Islam).

IFC ini dilihat jelas diwujudkan bagi menggalakkan pluralisme agama di Malaysia. IFC turut mengemukakan 14 tuntutannya kepada Perdana Menteri dan salah satu daripadanya ialah penganut non-Muslim boleh menggunakan kalimah-kalimah seperti Allah, Kaabah, Solat dan Baitullah (tuntutan yang ke-9). Mereka juga turut membuat tuntutan supaya Bible boleh diterbitkan dalam Bahasa Melayu. IFC ini turut ditaja oleh Konrad Adeneuer Foundation (KAF), sebuah yayasan Kristian yang beribu pejabat di Jerman. KAF juga turut giat membari dana untuk penerbitan buku-buku yang mengandungi dakyah-dakyah pluralisme. Apa yang dikesali, buku-buku tersebut bebas dijual tanpa sekatan pihak bertanggungjawab. Lebih malang lagi, buku-buku tersebut pernah dilihat berada di dalam sudut perpustakaan di dalam sebuah masjid di Kuala Lumpur.

Keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi sebentar tadi agak mengecewakan kerana hakim yang memutuskan keputusan adalah seorang hakim non-muslim. Di mana hakim yang beragama Islam yang lain??? Di mana??? Adakah semuanya sedang bercuti sempena tahun baru ini.

Penulis begitu sedih memandangkan masih ramai umat Islam yang tidak mengambil berat tentang isu ini. Mudahnya aqidah anak-anak kita 'patah' nanti apabila nmendengar dakyah-dakyah Kristian apabila mereka mengatakan bahawa kita mempunyai 'Allah' yang sama. (jauh sama sekali sebenarnya). Siapakah yang harus bertanggungjawab...Allahuakhbar...

Artikel penuh akan menyusul kemudian...

Read more...

Pemangkin Hizibku

  © Green islamic Template by islamic313.blogspot.com 2008