23 Jun 2013

PRODUCTIVE RAMADAN



It's that time of the year again! Ramadan is only a few weeks away and signs of Ramadan preparations are appearing everywhere in the Muslim world (and non-Muslim world as well!).

Normally, there are 3 types of people when it comes to readiness for Ramadan:

1. Some people are in panic mode and realise that there's a lot they need to do BEFORE Ramadan but they have little time to get things done.

2. Some are in super excited mode and can't wait for Ramadan to begin but they haven't really planned for it.

3. Some are not sure what to expect of Ramadan and they'll take it as it comes.

There's also a 4th type of people; these are the people who take the time to prepare and plan for a truly Productive Ramadan. They take courses and classes on Ramadan, read books and revise the rules regarding fasting during Ramadan, and sit down with pen and paper with their families and write what they want to achieve during Ramadan. They prepare themselves mentally, physically and spiritually for Ramadan.




These 5 extremely practical tips to prepare for a Productive Ramadan. So here we go:

Tip #1 READ
Read a chapter on fasting from any well-known Islamic Fiqh book. There are many in the market, but the most popular fiqh book is a book called Bulugh Al-Maram by Imam Ibn Hajr Asqalani (773H-852H) and it has the rulings regarding fasting from the major schools of Fiqh in Islam. If you find this book technical, I suggest you go through the bits you don't understand or not sure about with your local imam/scholar. Make sure you don't start Ramadan without you being clear about all the issues you normally are not clear about regarding fasting. This will save you tons of hours of confusion and doubt!



TIP #2 WRITE
Write down at least 10-20 pages of duas you want to make for yourself, your family/friends, and Ummah. This tip was shared with me by Sh.Muhammad Al-Shareef in a recent interview I held with him and I found it really useful. Do this exercise with your spouse and children and it'll be a great bonding experience. You might think it's hard to come up with 1 page of dua even, but really believe that you're asking the King of All Kings, Allah (Subhanahu Wa Ta'ala) and He'll grant you what you wish, so ask and never be shy or think "it's too much!".



TIP #3 FAST

Practice fasting! Yes, practice to fast during this last month before Ramadan. If you want to avoid the headaches and hunger pangs of the first days of Ramadan, fasting during these last few weeks before Ramadan would get you physically & mentally prepared. Aim to fast Mondays & Thursdays during this month and do more if you can. Also, don't just practice fasting from food and drink, but also from backbiting, lying, looking and listening to haram and anything that will harm your fast.

TIP #4 PRAY

If you're not used to night prayer, aim in the next few weeks before Ramadan starts to pray at least 2 rak'ah of night prayer + 3 rak'ah of witr prayer either right after Isha or just before you sleep. This will help you overcome laziness during Ramadan from praying the taraweeh prayers or late night prayers.

TIP #5 DOWNLOAD
Download our Productive Ramadan Taskinator! This is our very own hour-by-hour Ramadan planner, which helps you plan for each hour of Ramadan. It might be overwhelming at first when you first fill it, but keep filling it and you'll end up with a beautiful and practical Ramadan plan inshaAllah.

TIPS FROM PRODUCTIVE MUSLIMS

Read more...

17 Januari 2013

KALAM PIMPINAN EDISI KHAS


Kalam Pimpinan ialah salah satu 'Leadership Mini Project' dibawah Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan MTEN dalam usaha mengupaya pimpinan MTEN dan mewujudkan gagasan islah dan dakwah menerusi maya.

Anugerah Tokoh Kepimpinan Pelajar Sempena Malam Anugerah Kepimpinan Pelajar (MAKEP) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 20122/2013 di Dewan Nik Mohyiden Musa, IPG Kampus Pendidikan Islam dirasmikan oleh Timbalan Rektor IPGM pada 11/1/2013.

1) AlhamdulilLah, mudah-mudahan anugerah yang diberikan dapat melonjakkan diri saya untuk berusaha menjadi seorang murabbi yang berjaya di dunia dan di akhirat, insyaAllah.



2) Anugerah tersebut diharap mampu mendorong semua mahasiswa IPG KPI khususnya untuk berusaha  meningkatkan kualiti diri sama ada dari segi akademik, sahsiah, kepimpinan dan aktivisme.



3) Tidak hanya terkongkong dengan proforma semata-mata tetapi meneroka ilmu-ilmu tambahan melalui pembacaan, menghadiri seminar-seminar dan kuliah-kuliah ilmu. Tidak melihat tugasan hanya sebagai digit markah semata-mata malah menjadikan tugasan sebagai sesuatu cabaran untuk menghasilkan sesuatu yang luar dari kebiasaan orang lain.


4) Tidak hanya mengejar PNGK yang tinggi, malah sentiasa berusaha memperbaiki akhlak dan tingkah laku seiring tuntutan agama dan menjadikan RasululLah sebagai uswah hasanah dan qudwah hasanah. Tidak hanya menjadikan dirinya soleh atau solehah semata-mata, malah mengajak orang lain kearah menegakkan yang makruf dan meninggalkan kemungkaran yang sedang melata.       
      

3) ) Tidak melihat kepimpinan sebagai suatu yang negatif dan meletihkan, malah mengambil ruang dan peluang belajar menjadi seorang pemimpin kecil sebelum menjadi pemimpin besar. Jerit perit pengalaman yang dilalui dapat mematangkan diri menuju kepemimpin yang didambakan ummah. Tidak dapat lari daripada hakikat kepimpinan kerana kita sekarang sedang memimpin diri kita, kita bakal memimpin keluarga kita, kita bakal memimpin masyarakat kita dan kita bakal memimpin negara kita.


4) Tidak cukup dengan itu, aktivisme mahasiswa juga perlu ditonjolkan kepada masyarakat. Masa terluang dan masa cuti yang cukup lama perlu digunakan untuk perkara-perkara yang dapat mengembangkan potensi dan nilai tambah dalam diri mahasiswa guru. Pengalaman-pengalaman yang ditimba merupakan suatu yang berharga kerana dengannya seseorang itu mampu menghadapi atau melalui masa depannya dengan yakin dan tengang.


“FIKRAH MEMBINA SAHSIAH MURABBI”
MAJLIS TARBIAH NUQABA' 12/13

Read more...

08 Januari 2012

Konsep Penubuhan dan Peranan Maktab Perguran Islam di Malaysia

Bergambar dengan Land Rover TG Dato Dr Harun di ketika Majlis Pengijazahan Pengubatan Islam Darussyifaa Kumpulan ke 23 di IPG Kampus Pendidikan Islam (Maktab Perguruan Islam, Bandar Baru Bangi) pada 8/1/12.


Di tahap ini, persoalan samada perlu atau tidak Malaysia mempunyai sebuah Maktab perguruan Islam tidak patut diketengahkan lagi kerana jawapannya sudah jelas. Yang tinggal sekarang ialah mengenai konsep dan peranan Maktab seperti itu di Malaysia ini.

Persoalan Konsep
Pembicaraan mengenai sesuatu konsep bagi sebuah pusat latihan perguruan tidak dapat dipisahkan daripada beberapa perkara penting yang boleh dianggap sebagai latar belakang iaitu :
-Definasi Maktab Perguruan Islam
-Situasi guru-guru Islam Malaysia
-Keahlian dan kemampuan guru-guru agama

a. Definasi Maktab Perguruan Islam tidaklah boleh diselaraskan dari segi strukturnya tetapi boleh dicantumkan dari segi matlamatnya kerana setiap maktab itu bertujuan untuk melatih guru-guru Islam dalam ilmu keIslaman. Dari satu sudut yang lain pula, boleh juga dilihat kedudukan sebuah Maktab Perguruan Islam itu dengan skop yang lebih luas dengan anggapan bahawa Maktab Perguruan Islam sebagai pusat pendidikan Islam yang akan memberi pengetahuan Islam kepada semua guru-guru yang beragama Islam tanpa mengira option masing-masing. Sudah tentulah skop yang kedua ini kalau diterima sebagai asas penubuhan akan mengubah konsep penubuhan maktab dari bentuk "Teachers Training Centre" kepada "Islamic Education Centre".

Kalau demikian, biarlah kita secara objektif membicarakan pusat itu sebagai sebuah Maktab Perguruan Islam yang bertujuan untuk melatih guru-guru Islam di Malaysia. Perkataan guru-guru Islam dengan sendiri akan merangkumi guru-guru Islam yang bertugas mengajar pelajaran agama dan juga guru-guru Islam lain yang mengajar berbagai-bagai pelajaran samada dalam bidang sains atau sastera.

b. Biarlah kita membicarakan terlebih dahulu mengenai guru-guru Islam secara umum. Soalan pertama yang menerpa fikiran kita dalam kontek ini ialah adakah guru-guru tersebut sedang bertugas sebagai pendidik atau sebagai instructor atau sebagai penyampai bahan ? Dari skop teori ilmu pendidikan soalan itu tidak diterima kerana semua yang menerima perguruan sebagai bidang pekerjaannya adalah sepanjang hayat bertugas sebagai pendidik di samping menjadi penunjuk dan pengajar. Oleh kerana itu, berada di peringkat teori dan menjadi satu prinsip utama sahaja maka apa yang dialami dan diterima oleh masyarakat tidaklah sepenuhnya bagaimana yang disarankan oleh teori dan prinsip itu.

Di dalam sistem pendidikan yang ada hari ini kita hanya boleh menilai pencapaian murid-murid dalam bidang pengetahuan akademiknya, tidak dalam aspek-aspek yang lain. Sehubungan dengan itu kita juga hanya boleh menilai performance guru-guru itu dari sudut penyampaian pengetahuan. Kejayaan seseorang guru dalam menyampaikan pengetahuan belum lagi menjamin kejayaan yang diperlukan dari seorang guru sepenuhnya.

Penekanan yang ada hari ini ialah terhadap pengetahuan sebagai instrument terpenting bagi seorang guru. Tentulah yang demikian itu sesuai di waktu masyarakat memerlukan dengan begitu kuat kepada kebolehan pengetahuan supaya dapat membina bangsa yang sedang lumpuh akibat daripada pengabaian yang berlaku selama ini. Tetapi sekarang, apabila melihat kepada anak bangsa Malaysia sejati sebahagiannya telah mula menjadi sabut kering yang terapung-apung atau sebagai buah yang berterbangan timbullah persoalan yang berputar disekitar ilmu pendidikan. Adakah ilmu pendidikan telah gagal melahirkan anak bangsa yang diharap-harapkan oleh negara atau adakah polisi negara itu sedang tercabar atau dicekik oleh ikatan gelombang kebudayaan antarabangsa. Keadaan yang sedang berlaku menunjukkan perlunya kedudukan guru-guru sebagai pendidik diteliti dan dikaji sehingga dapatlah dicapai objektif pendidikan yang sebenarnya.

Perhatian akan tertumpu sepenuhnya dalam hal ini kepada guru-guru yang beragama Islam kerana merekalah yang bertanggungjawab benar-benar terhadap kebangkitan negara Malaysia melihat kepada Islam sebagai agama negara. Guru-guru yang beragama Islam, sudah tentu perlukan didikan ke Islaman sehingga dapatlah bersikap sebagai pendidik yang bertanggungjawab kepada agama di samping bertanggungjawab memberikan pelajaran.

c. Kalau kita kembali kepada kedudukan guru-guru agama, bolehlah dibahagikan perbincangan kepada dua bahagian iaitu pengetahuan dan kemampuan atau kecekapan.
Malaysia hari ini mempunyai banyak pusat untuk memberikan pengetahuan agama di berbagai peringkat. Pusat-pusat tersebut memainkan peranan yang sangat penting dalam memberikan pengetahuan asasi agama. Kita tidak meragui lagi tentang penguasaan mereka dalam pengetahuan asasi tersebut. Ada pusat-pusat itu yang telah berjaya melahirkan kumpulan-kumpulan yang alim dalam ilmu asasi agama dan ada juga yang melahirkan kumpulan-kumpulan yang sederhana pengetahuannya. Secara keseluruhan, kita tidak dapat menafikan tentang sumbangan besar yang telah diberikan oleh pusat-pusat ilmu asasi agama itu dari segi pengetahuan. Perkara yang patut diteliti sekarang ialah sejauhmana kejayaan pusat-pusat itu dalam melahirkan rasa cinta terhadap agama yang kemudiannya disalurkan menerusi sikap. Ramai yang menyangka bahawa tugas untuk melahirkan individu yang berkeperibadian suci itu terletak di pusat-pusat pengajian yang bersifat keagamaan. Anggapan seperti ini telah menular dan berkembang dalam pemikiran majoriti masyarakat dunia hari ini. Mungkin juga kerana orang-orang yang seperti itu memikirkan aspek ketinggian peribadi berasingan sama sekali daripada aspek pembangunan akademik, ekonomi dan sosial, lalu diistilahkan ia sebagai tempat pergantungan orang-orang agama sementara bahagian yang satu lagi dianggap sebagai "realiti" yang dihayati oleh orang-orang yang kononnya hidup di atas kenyataan, sedangkan itu adalah anggapan yang berunsur kebatilan (profanity) antara lainnya kerana pegangan itu melupai hakikat kejadiannya sendiri. Berikutan dengan itu, terjadilah dua cabang pengetahuan pada pandangan mereka iaitu "sekular" dan "agama. Pada hal, pengetahuan itu juga diterima oleh agama sebagai pengetahuan "thanawi" (secondary) selagi ia tidak menuju kepada apa yang dikatakan "sekularisma". Dengan lain perkataan, lebih tepat jika dikatakan bahawa pengetahuan terbahagi kepada dua iaitu pengetahuan asasi agama dan pengetahuan pilihan.

Di masa-masa kebelakangan ini, guru agama Islam tidak lagi membataskan pengetahuannya kepada ilmu asasi agama sahaja malah sudahpun mengecimpungkan diri mereka ke dalam pengetahuan pilihan bagaimana yang berlaku di zaman kekuatan dan kegemilangan Islam dahulu dan di samping itu, guru-guru pengetahuan pilihan sudah mula menunjukkan minat mereka kepada pengetahuan asasi agama.
Yang masih lagi menjadi tanda tanya ialah samada pembentukan kemuliaan sikap dan pembawaan guru-guru itu adakah terbatas kepada guru agama sahaja atau semua yang bertugas sebagai guru ? Falsafah pendidikanlah yang akan dapat menentukan jawapan dalam perkara ini.

Setelah mempersoalkan secara umum mengenai definasi Maktab Perguruan Islam, situasi guru-guru Islam Malaysia dan keahlian serta kemampuan guru-guru agama di Malaysia maka sekarang eloklah dimulakan pula pembicaraan mengenai konsep bagi bakal Maktab Perguruan Islam Malaysia yang sedang kita persoalkan ini berteraskan kepada situasi yang telah dibayangkan di atas. Sesuatu konsep yang dilaksanakan tanpa perkaitan dengan realiti sesebuah masyarakat tentulah ia akan dianggap sebagai konsep yang beku dan statik.

Kefahaman terhadap beberapa konsep umum pendidikan akan menolong kita menetapkan satu konsep yang harus diterima sebagai landasan penubuhan Maktab Perguruan Islam. Sekalipun sesebuah Maktab Perguruan diasas dan dibentuk dengan tujuan-tujuan tertentu dan keperluan-keperluan tetapi ia tetap tidak dapat dipisahkan daripda tujuan-tujuan utama pendidikan yang antaranya ialah untuk menyediakan seseorang itu menurut permintaan masyarakat atau dengan lain perkataan "This education was not only close to life - it was in very fact part and parcel of living". Beberapa matlamat-matlamat pendidikan telah melalui satu proses yang mengecewakan kerana menggunakan konsep yang sempit. Pernah disarankan supaya pendidikan diasas untuk kesempurnaan manusia itu sendiri (The excellence of man as a man). Dalam kurun keenam belas, tujuh belas dan lapan belas didapati matlamat pendidikan ialah untuk menyuburkan kepercayaan dan amalan-amalan agama serta minat-minat yang berbentuk kerohanian di kalangan kanak-kanak yang semuanya itu menjadi teras kebaikan abadi. Dengan lain perkataan, matlamat mereka ialah "To develop the religious beliefs and practices and the ecclesiastical interests of the child for upon these depended his eternal welfare".

Walau apapun tujuan pendidikan, ia tidak boleh terlepas daripada perkara-perkara seperti untuk tujuan mendapat rezeki (Bread and Butter Aim), mendapat pengetahuan, menjadi terpelajar (culture aim), mengimbangi segala kekuatan yang ada pada diri manusia (the harmonious development for all the powers and faculties of man) dan seterusnya untuk membentuk peribadi dan kecekapan dalam perkhidmatan sosial kerana pusat-pusat pendidikan samada yang berbentuk maktab latihan atau lainnya sangatlah tidak bijak sekiranya mengikat dan mencekik diri sendiri dengan sengaja menyempitkan skopnya semata-matanya kerana keperluan mendadak.

Dunia pendidikan di Malaysia akan terus menjadi kelam kabut sekiranya didikan moral menerusi agama itu hanya diberikan kepada guru-guru yang mengajar pengetahuan Islam sahaja sedangkan aspek pendidikan moral itu merangkumi semua yang berkenaan istimewanya guru sendiri. Dari aspek pengetahuan pula mereka sama-sama menguasai bidang pengetahuan masing-masing. Ada yang menguasai ilmu hisab, ilmu alam, fizik, kimia agama dan begitulah seterusnya tetapi kita tidak pernah mendengar adanya moral guru ilmu hisab, moral guru ilmu alam, moral guru ilmu fizik atau kimia atau agama secara khusus kerana aspek itu mestilah diterima secara kolektif. Di samping itu, patutlah juga ditegaskan di sini iaitu "nature" atau sifat semula jadi bagi pengetahuan ialah akademik. Pembahagian dalam pengetahuan kepada akademik dan tidak akademik tidak boleh diterima oleh sesiapa yang berakal. Sangatlah salah kalau dikatakan pelajaran agama di satu pihak dan yang lainnya itu pelajaran akademik yang mengertikan pelajaran agama itu tidak akademik sedangkan penganalisaan mengenai ilmu agama itulah yang telah memenuhi gedung-gedung perbendaharaan buku di seluruh dunia dan akal hingga hari ini masih mencari dan menganalisa untuk mencari kepuasan.

Seterusnya akan menjadi ganjil juga sekiranya guru-guru agama itu hendak diorientasikan dengan sikap dan pembawaan kumpulan guru-guru yang kononnya tidak diberi peranan membentuk moral pelajar-pelajar dengan cara penempatan mereka di pusat-pusat yang tidak berperanan memberi didikan moral sedangkan kumpulan yang kedua ini tidak diberi peluang supaya diorientasikan dengan didikan moral pada hal itulah sebenarnya tugas "bersama".

Kerana itu, sebuah Maktab Perguruan Islam di Malaysia ini hendaklah berkonsepkan Pendidikan Moral Islam dengan ertikata mendidik serta melahirkan pendidik yang bermoral tinggi di samping mempunyai pengetahuan yang diperlukan dalam bidang-bidang keahliannya.
Hari ini, guru-guru agama peringkat menengah yang perlu dilatih tidak kurang daripada 105 orang setahun sementara bagi peringkat rendah pula tidak kurang daripada 210 orang setahun.
Di samping mengambil jumlah itu perlu juga diperhatikan guru-guru dalam bidang lain supaya dapatlah mereka menikmati atau dinikmatkan dengan aspek-aspek pendidikan moral yang sudah jelas menjadi tugas semua bukan kumpulan tersebut.

Berbicara mengenai peranan pula, bolehlah ditegaskan bahawa Maktab Perguruan Islam pada umumnya adalah sebagai mana-mana institusi perguruan lain di negara ini yang sudah pasti akan memain peranan melahirkan angkatan pendidik Islam untuk memimpin anak bangsa di sekolah rendah dan menengah sesuai dengan falsafah pendidikan umum yang dirancangkan.
Adalah menjadi suatu kebiasaan dalam bidang pendidikan umum di mana-mana negara di dunia ini bahawa tujuan asasi institusi perguruan untuk berkhidmat bagi kepentingan negara sesuai dengan kehendak dan kemajuan yang dihajati akan tetapi maktab ini tidak boleh disamakan dengan maktab-maktab lain. Maktab ini tidak seharusnya memandang di suatu sudut yang sempit dalam memainkan peranannya tetapi hendaklah memandang lebih dari itu iaitu memandang kepada pencapaian tamaddun yang sebenar, sesuai dengan namanya sebagai Maktab Islam dan identiti pensyarah-pensyarah dan calon-calon khususnya sebagai Muslim dam Mukmin. Maktab ini hendaklah memain peranan untuk melahirkan pendidik-pendidik yang tahap demi tahap boleh memberi sumbangan ke arah mewujudkan perimbangan sebenar antara tamaddun kebendaan dengan kerohanian seperti yang dikehendaki oleh Islam. Sekarang memang ternyata betapa nilai-nilai keagamaan (kerohanian) telah dan sedang diabaikan oleh sistem pendidikan kita, hasil tekanan aliran kebendaan yang amat mendedak. Oleh itu, Maktab ini tidak wajar jika hanya sekadar merestui apa yang wujud yang memang ketara tidak cocok dengan kehendak Islam.

Sistem pendidikan yang sedang dilaksanakan sekarang adalah sistem yang sekular. Sistem yang memisahkan antara agama dengan yang bukan agama. Sistem yang memberi separuh priority kepada nilai-nilai kebendaan, sedang nilai-nilai keagamaan hanya sekadar menyentuhi scope yang amat kecil dari keseluruhan pengajaran Islam yang memang menjadi way of life yang paling sempurna. Sebagai sebuah Maktab Perguruan Islam ulung di tanah air yang lahir di tengah-tengah gelombang sekular sudah seharusnya memainkan peranan (menurut kemampuannya) tahap demi tahap untuk melahirkan pendidik-pendidik yang mampu berkhidmat dengan ikhlas untuk mengIslamkan keseluruhan sistem pelajaran di Malaysia di suatu hari nanti.


Maktab ini hendaklah memain peranan membantu menyelesaikan masalah rumit yang dihasilkan oleh sistem pelajaran hari ini. Masalah yang ketara benar di bidang pengajaran agama ialah ketidak mendalamnya kesan di jiwa pelajar-pelajar dari pelajaran agama yang disampaikan. Hal ini berlaku kerana apa yang disampaikan sekarang menurut sistem yang ada hanyalah pelajaran-pelajaran agama dan bukannya pendidikan agama. Apabila yang disampaikan sekarang pada umumnya merupakan pelajaran-pelajaran atau lebih terkenal dengan pengetahuan agama maka jadilah ia seperti pelajaran-pelajaran lain yang pada umumnya untuk lulus peperiksaan atau untuk pengetahuan semata-mata dan bukan untuk menjadikannya sebagai cara hidup harian.

Untuk menuju ke matlamat menghasilkan suatu bentuk pendidikan Islam yang berkesan di tanah air. Maktab ini mestilah memain peranan mengorientasikan dirinya dahulu agar menjadi benar-benar Maktab Perguruan Islam. Berusaha sepenuh daya mewujudkan suasana TAKWA di kampusnya yang benar-benar mencerminkan keperibadian Islam yang boleh dijadikan contoh yang sebenar. Jangan wujud tindak-tanduk dari mana-mana pihak dengan sempurna maka bakal-bakal guru yang dididik itu dengan sendirinya diresapi oleh pendidikan amali Islam yang sudah tentu akan mengukuhkan keperibadian mereka menghadapi cabaran.

Di samping mengeluarkan guru-guru agama untuk mengajar di sekolah-sekolah rendah dan menengah, Maktab ini sewajarnya memain peranan bersama dengan institusi-institusi Islam lain bagi menjadikan Islam sebagai asas kepada keseluruhan pendidikan umum di Malaysia. Maktab ini hendaklah selalu menekankan bahawa prinsip Islam hendaklah diterima oleh mana-mana institusi di tanah air ini untuk diimplemenkan dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Bagi mencapai matlamat tersebut, Maktab ini tidak seharusnya memadai dengan kursus-kursus yang diberikan kepada calon-calon guru agama yang tersebut tadi sahaja malah hendaklah memain peranan untuk menyediakan kursus-kursus ke Islaman untuk calon-calon guru dari maktab-maktab lain bagi membekalkan nilai-nilai ke Islaman kepada keseluruhan guru-guru di tanahair agar mereka dapat menghayati pelajaran-pelajaran yang mereka ajari di sekolah-sekolah sesuai dengan kehendak-kehendak Islam.

Untuk itu, Kementerian Pelajaran hendaklah mengadakan "kursus wajib" iaitu kursus keIslaman ke atas guru-guru Islam khasnya di negara ini yang akan diberikan di Maktab ini dari semasa ke semasa. Kursus-kursus keIslaman itu mestilah meletakkan matlamat jauh yang hendak dicapai iaitu mengintegrasikan (intergrated knowledge) seluruh pelajaran dalam sistem pendidikan kita yang berteraskan keIslaman.

Maktab ini sudah sewajarnya tidak sekadar memain peranan mengeluarkan "Certificate Pendidikan" kepada bakal-bakal guru sahaja malah cuba mengeluarkan "Diploma Pendidikan" kepada graduan-graduan yang tidak berpeluang mengikuti kursus Diploma Pendidikan tersebut.


Akhirnya, berdasarkan suasana perbincangan di atas maka dengan ini dicadangkan iaitu
Sebuah maktab Perguruan Islam Malaysia hendaklah berfungsi sebagai pusat pendidikan Islam yang akan menekankan pendidikan terhadap guru-guru Islam.
Pengendalian kursus hendaklah dibahagikan kepada dua iaitu :
a. Kursus bagi bakal guru-guru agama (pre service course)
b. Kursus bagi guru-guru yang sedang berkhidmat (in service course)
Kursus-kursus 2(a) di atas antara lain hendaklah terdiri daripada :
a. Kuliah-kuliah mengenai pengetahuan Islam
b. Kuliah-kuliah ilmu pendidikan dan latihan mengajar
c. Kuliah-kuliah serta satu kajian mengenai problem sosial
d. Seminar (perbincangan ilmiah) sekurang-kurangnya sekali seminggu
e. Aktiviti sosial (forum, lawatan-lawatan/kunjungan-kunjungan, ceramah-ceramah dan sebagainya)
f. Bahasa/pelajaran tambahan
Kursus-kursus 2(b) di atas merupakan kursus pendek yang biasanya boleh memakan masa antara 3 hingga 6 bulan. Kandungan kursus hendaklah terdiri daripada :
a. Kuliah-kuliah di sekitar keagamaan
b. Kuliah-kuliah falsafah pendidikan dengan perhatian istimewa terhadap Islam
c. Seminar (perbincangan ilmiah) sekurang-kurangnya sekali seminggu
d. Aktiviti-aktiviti keagamaan (perkhemahan agama, forum, ceramah)
Semua cara bertindak, bergiat dan berkelakuan oleh pelajar diberi nilai markah tertentu sebelum dianugerahkan sebarang diploma atau perakuan.
Kesopanan dalam cara berkelakuan, berpakaian dan kekemasan rupa hendaklah diamalkan oleh semua yang berada dalam kampus Maktab sama ada pensyarah, pelajar dan juga kakitangan am.
Hendaklah sepanjang masa ada pensyarah-pensyarah luar yang sesuai untuk memberikan kuliah-kuliah yang berkaitan dengan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.


Disediakan oleh :
Dr. Mohd Yusof Hj. Mohd. Noor dan
Dr. Haron Din,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
13hb Oktober 1976

Read more...

Pemangkin Hizibku

  © Green islamic Template by islamic313.blogspot.com 2008