29 Mac 2010

Malaysia : Boikot Sweden, Bantu Yahudi ?

Pembinaan pusat pengeluaran dan pengagihan produk Coca-Cola tercanggih di rantau ASEAN memberi seribu satu persoalan kepada rakyat Malaysia yang peka. Majlis pecah tanah pembinaan kilang pembotolan tersebut dirasmikan sendiri oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dengan bangganya di Taman Perindustrian Enstek, Bandar Enstek, Nilai. Menurut Perdana Menteri, ia akan meransang kepada permintaan bahan mentah tempatan, yang dilihat mampu meningkatkan ekonomi negara secara holistik. Tambah beliau lagi, syarikat ini (Coca-Cola) turut menyumbang kepada visi Malaysia untuk menjadi sebuah hab halal melalui penggunaan bahan tempatan dengan garis panduan ketat dalam memastikan makanan berkualiti dan bersih.


Pembinaan kilang ini juga dikatakan akan memberi manfaat kepada lebih 100,000 peruncit di negara ini serta memenuhi keperluan kehendak 27 juta pengguna terhadap pelbagai jenis produk Coca-Cola. Kilang seluas 123,024 meter persegi milik Coca-Cola Bottlers (Malaysia) Sdn. Bhd. ini akan dibina di atas tanah yang dibeli daripada TH Properties yang juga pemaju kawasan berkenaan. Pembinaan kilang tersebut juga berteraskan konsep hijau, di mana mengikut piawaian pensijilan Kepimpinan Reka Bentuk Alam Sekitar dan Tenaga tahap perak (Silver Leed).



Komentar :



Saya berasa amat terkilan dengan pembinaan kilang pertama Coca-Cola ini di Malaysia. Tambah menyedihkan, majlis pecah tanah tersebut dirasmikan oleh Y.B. Perdana Menteri sendiri.


1) Umum mengetahui bahawa syarikat Coca-Cola merupakan penyumbang kepada Israel-Yahudi laknatulLah.



Rujuk :http://www.inminds.co.uk/boycott-coca-cola.html



Ditambah lagi pada detik ini, saudara kita di Palestin sedang berjuang berikutan tindakan Israel membangunkan semula kuil Hurva di perkarangan Masjid al-Aqsa. Ia adalah satu tindakan yang jelas bertujuan untuk mengancam Masjid al-Aqsa dan sebahagian dari perancangan jahat untuk meruntuhkan masjid tersebut dan menggantikannya dengan Haikal, tempat penyembahan Yahudi yang selama ini menjadi angan-angan mereka.



Rujuk : http://deafeningsilent.blogspot.com/2010/03/kenyataan-akhbar-aqsa-syarif-situasi.html



Pembinaan kilang Coca-Cola ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa Malaysia juga bersubahat dengan syarikat Coca-Cola yang menyumbang kepada perang di Palestin. Tidak bermaknalah kerajaan tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara (pada dasarnya negara haram) sekiranya kerajaan turut ‘membantu’ syarikat Coca-Cola yang menjadi pendukung Israel.



2) Pembinaan kilang tersebut menyumbang kepada visi Malaysia untuk menjadi sebuah hab halal ?



Visi Malaysia menjadi sebuah hab halal adalah sangat baik yang perlu dibanggakan. Namun, ‘halal’ sahaja tidak cukup tetapi konsep halalan toyyiban (halal lagi baik) perlu diterjemahkan ke arah menjadikan Malaysia hab halal bertepatan firman Allah dalam surah al-Baqarah : 168. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah melaporkan bahawa minuman Coca-Cola mengandungi kandungan gula yang tinggi iaitu 7 sudu teh gula. Kesannya, kandungan gula sebanyak itu mampu mengundang pelbagai penyakit berbahaya seperti diabetes, sakit jantung dan seumpamanya. Walaupun pada asasnya, minuman Coca-Cola adalah halal namun kesannya kepada kesihatan tidak dapat dinafikan (halal tetapi tidak baik untuk kesihatan).



Rujuk kenyataan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP): http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25579:coca-cola-pelaburan-tidak-baik-untuk-komuniti-kesihatan-awam-&catid=97:pendapat-dan-analisis&Itemid=131



Penubuhan pusat Coca-Cola tersebut dilihat akan memberi kesan yang negatif kepada kesihatan rakyat Malaysia apatah lagi produk tersebut (Coca-Cola) mensasarkan lebih daripada 60% penduduk iaitu mereka yang berusia di bawah 30 tahun.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di Parlimen, Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata kerajaan Sweden perlu memohon maaf kepada umat Islam di seluruh dunia kerana kejahilan warganya iaitu pelukis Lars Vilks yang jelas tidak menghormati agama Islam dengan melakar karikatur yang menghina RasululLah. Seorang penyokong kerajaan turut menyeru umat Islam di Malaysia memboikot Sweden. Persoalannya, di manakah pendirian BN? Sekejap itu, sekejap ini...Semoga PRU-13 membawa perubahan sekaligus kemenangan kepada ISLAM...

0 ulasan:

Pemangkin Hizibku

  © Green islamic Template by islamic313.blogspot.com 2008