20 April 2010

TANGISAN GAZA - KEMPEN VIVA PALESTIN MAPIM



Kempen Himpunan Ummah Selamatkan Gaza.

Bertujuan mengumpulkan dana utk bantuan kemanusiaan ke Palestin pada pertengahan Mei 2010 ini.

Kempen ini adalah intro sebelum Kempen Untuk Gaza peringkat Nasional iaitu KONVOI NASIONAL UNTUK GAZA (8hb Mei 2010). Konvoi dari seluruh Malaysia menuju Shah Alam, untuk berkumpul menyatakan sokongan kepada saudara kita di Palestin, sekaligus mempamerkan protes dan tentangan kepada kezaliman Zionis dan sekutu.


Nama: TABUNG GAZA - MAPIM

No Akaun: 08013010075820

Cawangan Bank Islam Ipoh Perak.

Read more...

13 April 2010

PROGRAM DAKWAH LAPANGAN

KURSUS PERKADERAN PENDAKWAH

"MEMPERKASA DAKWAH MENDEKATI REMAJA"


Tarikh:
17hb April 2010 (Sabtu)

Tempat:
Dewan Masjid Negara

Masa:
9.00 pagi - 5.00 petang

Aturcara :

9.00 pagi : Pendaftaran

9.30 pagi : Pembentangan Kertas Kerja

1) Realiti Gejala Sosial Remaja : Memperkasa Tugas Pendakwah

2) Komunikasi Dakwah di Lapangan : Apa dan Bagaimana

12.00 tengahari : Pembahagian Kumpulan

- Taklimat Praktikal Dakwah

12.30 tghri : Makan Tengahari

1.20 tghri : Solat Zohor

2.00 ptg : Bertolak ke Pasar Seni @ Central Market

Praktikal Dakwah di Pasar Seni @ Central Market

Program “Bersantai Sambil Berhibur” Bersama Remaja

(Anjuran JAKIM, dirasmikan oleh Timb Menteri di JPM)

5.00 petang : Bersurai


AKTIVIS LANDAS & AKTIVIS DAKWAH DIJEMPUT


Dari Stesen KTM UKM boleh turun di Stesen KTM Kuala Lumpur



Komentar :

Sungguh berbeda antara berbicara mengenai GEJALA SOSIAL dalam FB berbanding apabila kita sendiri 'turun lapangan' melihat dan beraksi di medan yang sebenar. Teori demi teori dilemparkan dalam 'Comment' kadang-kadang menyebabkan kita sudah berasa selesa dengan apa yang kita bicarakan.

Pak Herry Nurdi (editor majalah Sabili) ketika mengunjungi sahabat-sahabat API di Penang menyatakan bahawa beliau pelik melihat aktivis-aktivis dakwah di Malaysia adalah aktivis 'perut kenyang', yang boleh diterjemahkan bahawa kita sentiasa berada dalam keadaan selesa. Sentiasa berada di atas ‘pentas’ daripada turun ke lapangan. Mantan Perdana Menteri Indonesia, Pak Mohd Natsir, “Pemimpin itu tidak lahir dalam bilik-bilik kuliah namun lahir daripada kemelut permasalahan masyarakat” manakal seorang aktivit masyarakat berkata “Menangis tidak membawa erti, hanya berbicara tidak membawa perubahan”.

Program ini boleh dikatakan sebagai program lanjutan daripada Diskusi Isu Pendidikan yang kita bicarakan di kampus tempoh hari. Daripada cetusan kesedaran, kita janakan kekuatan dan bertindak dengan kuasa dan anugerah ALlah.


 

Read more...

29 Mac 2010

Malaysia : Boikot Sweden, Bantu Yahudi ?

Pembinaan pusat pengeluaran dan pengagihan produk Coca-Cola tercanggih di rantau ASEAN memberi seribu satu persoalan kepada rakyat Malaysia yang peka. Majlis pecah tanah pembinaan kilang pembotolan tersebut dirasmikan sendiri oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dengan bangganya di Taman Perindustrian Enstek, Bandar Enstek, Nilai. Menurut Perdana Menteri, ia akan meransang kepada permintaan bahan mentah tempatan, yang dilihat mampu meningkatkan ekonomi negara secara holistik. Tambah beliau lagi, syarikat ini (Coca-Cola) turut menyumbang kepada visi Malaysia untuk menjadi sebuah hab halal melalui penggunaan bahan tempatan dengan garis panduan ketat dalam memastikan makanan berkualiti dan bersih.


Pembinaan kilang ini juga dikatakan akan memberi manfaat kepada lebih 100,000 peruncit di negara ini serta memenuhi keperluan kehendak 27 juta pengguna terhadap pelbagai jenis produk Coca-Cola. Kilang seluas 123,024 meter persegi milik Coca-Cola Bottlers (Malaysia) Sdn. Bhd. ini akan dibina di atas tanah yang dibeli daripada TH Properties yang juga pemaju kawasan berkenaan. Pembinaan kilang tersebut juga berteraskan konsep hijau, di mana mengikut piawaian pensijilan Kepimpinan Reka Bentuk Alam Sekitar dan Tenaga tahap perak (Silver Leed).



Komentar :



Saya berasa amat terkilan dengan pembinaan kilang pertama Coca-Cola ini di Malaysia. Tambah menyedihkan, majlis pecah tanah tersebut dirasmikan oleh Y.B. Perdana Menteri sendiri.


1) Umum mengetahui bahawa syarikat Coca-Cola merupakan penyumbang kepada Israel-Yahudi laknatulLah.



Rujuk :http://www.inminds.co.uk/boycott-coca-cola.html



Ditambah lagi pada detik ini, saudara kita di Palestin sedang berjuang berikutan tindakan Israel membangunkan semula kuil Hurva di perkarangan Masjid al-Aqsa. Ia adalah satu tindakan yang jelas bertujuan untuk mengancam Masjid al-Aqsa dan sebahagian dari perancangan jahat untuk meruntuhkan masjid tersebut dan menggantikannya dengan Haikal, tempat penyembahan Yahudi yang selama ini menjadi angan-angan mereka.



Rujuk : http://deafeningsilent.blogspot.com/2010/03/kenyataan-akhbar-aqsa-syarif-situasi.html



Pembinaan kilang Coca-Cola ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa Malaysia juga bersubahat dengan syarikat Coca-Cola yang menyumbang kepada perang di Palestin. Tidak bermaknalah kerajaan tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara (pada dasarnya negara haram) sekiranya kerajaan turut ‘membantu’ syarikat Coca-Cola yang menjadi pendukung Israel.



2) Pembinaan kilang tersebut menyumbang kepada visi Malaysia untuk menjadi sebuah hab halal ?



Visi Malaysia menjadi sebuah hab halal adalah sangat baik yang perlu dibanggakan. Namun, ‘halal’ sahaja tidak cukup tetapi konsep halalan toyyiban (halal lagi baik) perlu diterjemahkan ke arah menjadikan Malaysia hab halal bertepatan firman Allah dalam surah al-Baqarah : 168. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah melaporkan bahawa minuman Coca-Cola mengandungi kandungan gula yang tinggi iaitu 7 sudu teh gula. Kesannya, kandungan gula sebanyak itu mampu mengundang pelbagai penyakit berbahaya seperti diabetes, sakit jantung dan seumpamanya. Walaupun pada asasnya, minuman Coca-Cola adalah halal namun kesannya kepada kesihatan tidak dapat dinafikan (halal tetapi tidak baik untuk kesihatan).



Rujuk kenyataan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP): http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25579:coca-cola-pelaburan-tidak-baik-untuk-komuniti-kesihatan-awam-&catid=97:pendapat-dan-analisis&Itemid=131



Penubuhan pusat Coca-Cola tersebut dilihat akan memberi kesan yang negatif kepada kesihatan rakyat Malaysia apatah lagi produk tersebut (Coca-Cola) mensasarkan lebih daripada 60% penduduk iaitu mereka yang berusia di bawah 30 tahun.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di Parlimen, Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata kerajaan Sweden perlu memohon maaf kepada umat Islam di seluruh dunia kerana kejahilan warganya iaitu pelukis Lars Vilks yang jelas tidak menghormati agama Islam dengan melakar karikatur yang menghina RasululLah. Seorang penyokong kerajaan turut menyeru umat Islam di Malaysia memboikot Sweden. Persoalannya, di manakah pendirian BN? Sekejap itu, sekejap ini...Semoga PRU-13 membawa perubahan sekaligus kemenangan kepada ISLAM...

Read more...

Pemangkin Hizibku

  © Green islamic Template by islamic313.blogspot.com 2008